More

    Dapatkan papan kekunci Bluetooth percuma apabila anda beli tablet Samsung Galaxy Tab S7 FE!

    Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan promosi istimewa buat tablet Samsung Galaxy Tab S7 FE di mana setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM472 seperti papan kekunci Bluetooth (bernilai RM179) dan beberapa perkhidmatan internet.

    Papan kekunci Bluetooth boleh dipasangkan bersama tablet bersaiz 12.4 inci itu untuk digunakan seperti sebuah komputer riba yang lebih ringan dan nipis. Perisian Samsung DeX dalam tablet ini akan membenarkan anda untuk melakukan tugas produktiviti mirip dalam komputer Windows di mana-mana sahaja.

    Dengan pembelian tablet ini, Samsung turut menawarkan langganan selama empat bulan untuk perkhidmatan YouTube Premium (bernilai RM72) serta langganan selama enam bulan untuk Clip Studio Paint (bernilai RM221). Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2022.

    Jika anda berminat untuk mendapatkan Galaxy Tab S7 FE, pastikan anda baca ulasan kami terlebih dahulu di mana kami amat menggemari prestasinya serta stilus S Pen yang memudahkan penulisan pada skrinnya. Ia dijual pada harga RM1,899 (4GB+64GB) serta RM2,199 (6GB+128GB).

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured