More

    Dapatkan siri Samsung Galaxy A yang menampilkan ciri-ciri “flagship” dengan harga berpatutan

    Kepada mereka yang mengikuti perkembangan teknologi telefon pintar pasti mengetahui bahawa siri Samsung Galaxy A merupakan siri yang paling laris dalam pasaran dunia. Untuk pengetahuan, Samsung tahun ini telah mengemas kini barisan dalam siri Galaxy A dengan tiga model berbeza iaitu Galaxy A 73 5G, A53 5G dan A33 5G.

    Istimewanya untuk model tahun 2022, ia hadir dengan beberapa ciri yang terdapat pada telefon andalan seperti yang tersedia di dalam Samsung Galaxy S22. Sebagai contoh, bagi pengguna yang sudah memiliki siri Samsung Galaxy A akan berpeluang menggunakan ciri Single Take. Ciri Single Take ini berfungsi seperti kamera pemasa dengan kiraan 10 saat.

    Namun, berbeza dengan pemasa standard, dalam kiraan 10 saat tersebut anda bebas untuk melakukan pelbagai gaya. Unit pemproses imej akan menghasilkan pelbagai hasil tangkapan secara automatik termasuk video, boomerang dan filter untuk anda pilih gambar atau video manakah yang terbaik. Selain itu, terdapat juga ciri Link to Windows di mana anda boleh menyegerakkan antara peranti Galaxy A anda bersama ekosistem Windows. Dengan cara ini, anda boleh mengawal telefon pintar melalui komputer sama ada ingin memeriksa pemberitahuan, memindahkan fail, membalas mesej atau menjawab panggilan termasuk penggabungan kalendar.

    Seterusnya, bagi pengguna yang memiliki tablet dan telefon pintar Samsung Galaxy, anda boleh menggabungkan aktiviti secara serentak dengan ciri App Continuity. Anda boleh menyambung aktiviti aplikasi dalam peranti Galaxy yang terdekat dengan anda sama ada menggunakan tablet atau telefon pintar. Ia akan menyimpan dan menyegerakkan aktiviti antara kedua-dua peranti.

    Siri Samsung Galaxy A juga mempunyai ciri Buds Auto Switching. Contoh ciri ini berfungsi adalah seperti jika anda menikmati muzik pada Galaxy tab dan panggilan masuk pada telefon pintar, fon telinga wayarles Galaxy Buds anda akan menggunakan ciri penukaran automatik untuk beralih ke telefon supaya anda boleh menerima panggilan tersebut.

    Tambahan, terdapat juga ciri Bixby Routine dalam peranti Galaxy A yang menggunakan kecerdasan AI untuk mempelajari corak penggunaan dan pilihan anda. Ciri ini boleh melaraskan tetapan secara automatik, mengawal aplikasi, mengoptimumkan bateri dan banyak lagi.

    Anda juga boleh menyediakan rutin sendiri secara manual berdasarkan tempat anda berada dan perkara yang anda lakukan. Contohnya, rutin sebelum tidur di mana anda boleh tetapkan pada masa tertentu untuk mod senyap diaktifkan, mod malam dihidupkan dan pintasan skrin kunci anda berubah.

    Kepada anda yang berminat untuk memilikinya dan tidak pasti model manakah yang sesuai untuk anda, anda boleh baca artikel ini. Dengan ciri-ciri andalan yang ditawarkan pada siri Galaxy A ini adakah anda tertarik dengannya?

    "
    "

    Jika anda tidak sabar untuk memiliki salah sebuah telefon daripada siri Galaxy A, Galaxy A53 5G kini tersedia untuk pembelian dan dilengkapi dengan sarung pelindung berdiri percuma bernilai RM99 dari 1 April hingga 31 Mei 2022. Untuk jaminan keselamatan, dapatkan diskaun 20% untuk Samsung Care+ bagi pelan kemalangan sama ada kerosakan atau kemasukan cecair dalam peranti sehingga 2 tahun apabila anda membeli Galaxy A53 5G baharu.

    Nikmati penjimatan hebat dengan promosi Pembelian dengan Pembelian (PWP) apabila anda menukar ganti peranti anda dan layak untuk menerima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar beli asas.

    Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy A baharu, anda boleh layari Samsung E-Store, kedai rasmi Samsung atau penjual sah Samsung. Jika berminat, anda boleh layari laman rasmi Samsung Malaysia untuk maklumat lebih lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...