More

    DeepSeek mungkin diharamkan di AS sama seperti TikTok

    DeepSeek kini menjadi nama hangat dalam dunia kecerdasan buatan (AI) dengan syarikat seperti HUAWEI, HONOR, Microsoft dan beberapa pengeluar automotif sudah menggunakan model R1 dalam produk dan perkhidmatan mereka.

    Platform buatan China ini dengan pantas meraih populariti di Amerika Syarikat malah berjaya mencapai kedudukan teratas di App Store dalam masa yang singkat. Ketua Pegawai Eksekutif Arm, Rene Haas, menyuarakan kebimbangannya terhadap masa depan perkhidmatan ini.

    Menurut Haas, DeepSeek mungkin dipaksa untuk menghentikan operasinya di AS kerana implikasi dasar luar negara yang timbul akibat statusnya sebagai syarikat China. Beliau turut menekankan bahawa ramalannya adalah berdasarkan perkembangan terkini berkaitan TikTok.

    Platform media sosial TikTok yang dimiliki oleh ByteDance dan berpangkalan di China, kini berdepan kemungkinan dipisahkan operasinya di AS atau ditutup sepenuhnya meskipun larangan masih masih tertangguh. DeepSeek tidak mempunyai operasi di AS dan menggunakan model AI sumber terbuka DeepSeek R1 untuk aplikasi dan perkhidmatan webnya.

    Oleh itu, walaupun akses kepada perkhidmatan ini mungkin akan dihadkan, pengguna masih boleh memuat turun serta mengoperasikan model bahasa tersebut pada peranti mereka sendiri. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Financial Times

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured