More

    DENZA D9 rasmi di Malaysia dengan 2 model, 0-100 km/j dalam 6.9 saat, jarak sehingga 580km, bermula RM259,000

    BYD secara rasmi melancarkan Denza D9 di Malaysia yang menandakan kemasukan jenama premiumnya dalam pasaran tempatan. MPV elektrik mewah ini menjadi pesaing kuat kepada Toyota Alphard, Vellfire dan Zeekr 009. Untuk pengetahuan, tempahan telah dibuka sejak bulan lalu dengan harga yang lebih kompetitif berbanding pesaingnya.

    Model Advanced FWD dijual pada harga RM259,000 manakala Premium AWD berharga RM309,000 dan Denza D9 hanya ditawarkan dalam varian elektrik di Malaysia. Model Advanced FWD dilengkapi motor hadapan dengan kuasa 313 PS dan tork 360 Nm yang mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 9.5 saat.

    Sementara itu, varian Premium AWD menambah motor belakang dengan jumlah output 374 PS dan tork 470 Nm yang membolehkan pecutan lebih pantas iaitu hanya 6.9 saat untuk 0-100km/j. Kedua-dua varian menggunakan bateri 103.6 kWh dengan jarak pemanduan sejauh 520 km (FWD) dan 480 km (AWD) berdasarkan piawaian WLTP.

    Pengecasan pantas 166 kW membolehkan pengecasan dari 30% ke 80% dalam masa 30 minit. Badan D9 lebih besar berbanding Alphard dan Vellfire dengan panjang 5,250 mm dan jarak roda 3,110 mm. Kabin mewahnya dilengkapi sunroof panorama, skrin sentuh 15.6 inci, 14 pembesar suara Dynaudio serta kerusi baris kedua dengan pemanas, ventilasi dan fungsi urutan.

    Varian AWD menambah ciri eksklusif seperti kerusi hadapan dengan fungsi urutan, paparan head-up dan kemasan kulit Nappa. Daripada aspek keselamatan, Denza D9 dilengkapi lapan beg udara dan sistem ADAS canggih termasuk kawalan pelayaran adaptif dan brek kecemasan automatik. Ia tersedia dalam pilihan warna Arctic White, Whale Sea Blue dan Cosmos Black.

    Sebagai tawaran istimewa, 800 pembeli pertama akan menerima wallbox 22 kW percuma dengan pemasangan serta servis percuma selama enam tahun atau 120,000 km. Denza juga memperkenalkan perkhidmatan jaminan merentas sempadan untuk Malaysia, Singapura dan Thailand untuk memastikan memudahkan pelanggan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured