More

    Digital Nasional Berhad umumkan kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia untuk tingkatkan keselamatan 5G

    Agensi pembangunan infrastruktur rangkaian 5G Malaysia, Digital Nasional Berhad (DNB), pada hari ini menandatangani Perjanjian Kerjasama dengan Cybersecurity Malaysia (CSM) bagi meningkatkan keselamatan rangkaian 5G Malaysia daripada ancaman siber.

    Kerjasama tersebut diumumkan di My5G Portal yang terletak dalam Menara Exchange 106 di Kuala Lumpur dan disaksikan oleh Menteri Digital YB Tuan Gobind Singh Deo. Ia melibatkan panduan keselamatan 5G yang bertujuan digunakan oleh industri telekomunikasi dan berfungsi sebagai prinsip panduan untuk keselamatan 5G negara.

    Menteri Digital YB Tuan Gobind Singh Deo memberi ucapan sewaktu majlis tandatangan Perjanjian Kerjasama antara DNB dengan CSM

    Melalui kerjasama ini, DNB dan CSM akan menubuhkan Pusat Ujian Keselamatan Siber 5G Nasional yang akan mengenal pasti kelemahan, memastikan pematuhan kepada piawaian dan mengesahkan langkah-langkah keselamatan. Kedua-dua agensi juga akan bertukar maklumat ancaman bagi meningkatkan keupayaan negara untuk menangani ancaman siber.

    YB Gobind memuji inisiatif tersebut dan mengetengahkan kepentingan rangkaian 5G sebagai salah satu sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Nasional Malaysia (NCII) yang memainkan peranan penting dalam pertahanan, ketabilan ekonomi, fungsi kerajaan dan rutin sosial. Kemajuan dunia digital ini menghadapi cabaran yang amat ketara dalam bidang keselamatan siber, oleh itu negara memerlukan penggabungan sumber, maklumat dan kepakaran untuk menanganinya.

    Kerjasama di antara dua agensi ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi DNB, Nasution Mohamed, dan Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab.

    Pada waktu ini, DNB telah menyediakan rangkaian 5G kepada lebih 80% daripada kawasan berpenduduk dalam Malaysia. Ia pernah diiktiraf sebagai antara rangkaian 5G yang terbaik dalam dunia, dengan kelajuan menyerupai negara-negara maju seperti Korea Selatan, New Zealand dan Singapura.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured