More

    “eBelia Rahmah”, “niat puasa” dan “JDT vs Selangor” antara carian paling popular di Google Malaysia pada Jun 2023

    Pejam celik, separuh pertama untuk tahun 2023 telah pun meninggalkan kita dan pelbagai acara menarik telah berlaku sepanjang bulan Jun lalu seperti sambutan Hari Raya Aidiladha dan perlawanan-perlawanan bola sepak yang sengit.

    Tidak dilupakan juga tragedi kapal selam yang menimpa lima mangsa sewaktu mereka melawat rangka kapal Titanic yang terkubur di dasar laut Atlantik. Semua perkara ini adalah antara perkara yang paling banyak dicari dalam Google oleh rakyat Malaysia pada bulan lalu dan berikut adalah 10 kata carian yang paling popular dalam enjin carian itu sepanjang Jun 2023:

    1. Niat puasa tarwiyah/ niat puasa Zulhijjah

    Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun lalu, sejumlah besar orang Islam di seluruh negara ingin melakukan puasa Tarwiyah dan mereka merujuk kepada Google untuk cara-cara melakukannya.

    1. Taipei Open 2023

    Kejohanan badminton Taipei Open 2023 telah dianjurkan di Taiwan pada 20 hingga 25 Jun dan menyaksikan para atlit Malaysia memenangi kategori beregu lelaki dan beregu campuran.

    1. JDT vs Selangor

    Untuk perlawanan separuh akhir dalam Piala FA Malaysia pada tahun ini, pasukan Johor dan Selangor bertempur di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 26 Jun lalu.

    JDT mengalahkan Selangor dengan keputusan akhir 4-0, lantas melayakkan mereka untuk mara ke perlawanan akhir menentang Kuala Lumpur City pada 22 Julai.

    1. United States vs Nepal

    Sukan kriket ternyata mempunyai ramai peminat di Malaysia, apabila perlawanan kelayakan ICC World Cup Qualifiers 2023 di antara Nepal dengan Amerika Syarikat menjadi antara perkara yang paling dicari dalam Google.

    Dalam perlawanan yang berlangsung pada 20 Jun di Zimbabwe itu, Nepal muncul juara dengan enam wickets.

    "
    "
    1. eBelia Rahmah

    Dengan bantuan eBelia Rahmah, kerajaan mengumumkan bahawa golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun boleh menerima kredit e-dompet bernilai RM200, bagi mengurangkan beban kewangan mereka.

    Jelas sekali, perkara ini mendapat perhatian daripada golongan belia yang celik internet dan ingin mencari e-dompet serta perniagaan manakah yang paling berbaloi dengan kredit eBelia Rahmah itu. Jangan lupa untuk baca panduan kami tentang e-dompet yang paling sesuai untuk membelanjakan kredit eBelia Rahmah anda.

    1. US Open Golf 2023

    Kejohanan golf US Open yang berlangsung pada 15 hingga 18 Jun telah mendapat perhatian yang meluas daripada peminat golf tempatan. Pemuda berumur 29 tahun, Wyndham Clark, muncul juara dan menandakan kemenangannya yang pertama sejak menjadi atlit golf profesional pada 2017.

    1. Implosion (letupan)

    Kehilangan kapal selam Titan sewaktu ia menyelam ke rangka kapal Titanic di dasar lautan Atlantik telah mendapat perhatian yang meluas dari seluruh dunia. Malangnya pada 18 Jun, ia didapati telah hancur kerana struktur kapal selam itu gagal menahan tekanan lautan dalam yang amat tinggi.

    Lima penumpang telah kehilangan nyawa dalam insiden tersebut. Pada 29 Jun, pihak berkuasa berjaya mengutip serpihan Titan dan ia dibawa ke Kanada untuk siasatan lanjut.

    1. Malaysia vs Papua New Guinea

    Para peminat bola sepak tempatan amat menanti perlawanan persahabatan di antara pasukan Malaysia dan Papua New Guinea pada 20 Jun lalu. Skuad Harimau Malaya berjaya membaham pasukan dari negara tersebut dengan keputusan akhir 10-0.

    1. Semakan Status STR Fasa 3

    Program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 baru sahaja diumumkan dan telah diedarkan kepada golongan B40 sejak 26 Jun. Program ini dijangka akan membantu sekitar lapan juta rakyat yang berada dalam kumpulan B40.

    1. Malaysia vs Solomon Islands

    Satu lagi perlawanan bola sepak persahabatan untuk pasukan Malaysia pada bulan lalu adalah perlawanan menentang Solomon Islands. Ia berlangsung pada 14 Jun dan skuad Harimau Malaya berjaya mengalahkan pasukan itu dengan keputusan 4-1.

    Apakah perkara yang paling dicari oleh anda pada bulan lepas dalam Google? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured