Pada masa kini, fotografi potret telah menjadi ciri yang sering digunakan oleh pengguna. Menurut data dalaman OPPO, antara semua tabiat fotografi dalam kalangan pengguna di Asia Pasifik (APAC), mod potret menyumbang sebanyak 30.1%, menjadikannya fungsi yang paling banyak digunakan.
Oleh itu, siri Reno OPPO diposisikan sebagai “Pakar Potret” yang turut memberi inspirasi kepada jurugambar untuk menjadi pakar potret mereka sendiri melalui fotografi telefon pintar.

Bermula dengan OPPO Reno1-3, pengguna diperkenalkan dengan ciri-ciri seperti kamera swafoto 16MP F/2.0 “gaya sirip jerung” dari bahagian atas telefon dan menawarkan pengguna dengan pandangan lebar 79.3 darjah. Reno 2 dan Reno 3 pula meberikan pengalaman “Video Ultra Steady” meninggalkan zaman videografi yang mudah goyang.
OPPO Reno4 Pro memfokuskan kebolehan pengguna menangkap potret pelbagai menggunakan ciri utama termasuk Night Flare Portrait yang memberikan kesan bokeh pada latar belakang foto. Bagi ciri Potret Warna AI, ia mengekalkan semua warna pada subjek sambil menjadikan latar belakang hitam dan putih.


OPPO Reno5 Pro memberikan ciri termasuk pemprosesan cahaya termaju, pemprosesan warna dan teknologi pasca pemprosesan. Pelbagai ciri baharu seperti Sistem Video Potret OPPO Full Dimension Fusion (FDF) yang menyepadukan secara mendalam perkakasan yang kukuh, perisian fleksibel dan algoritma pintar untuk meningkatkan kualiti video.
Dengan OPPO Reno6 Pro menampilkan Potret Bokeh Flair yang menambahkan kesan Bokeh sinematik dalam video potret yang berfungsi seperti tangkapan gambar potret bokeh. Seterusnya, OPPO Reno7 Pro 5G menambah ciri Mod Potret dan Video Potret Suar Bokeh yang turut dilabel sebagai ‘pakar potret’ serta telah menyumbang 28.4% daripada semua senario penggambaran untuk pengguna Malaysia.


Bagi OPPO Reno8 Pro 5G, penekanan adalah pada rakaman foto potret malam yang sangat jelas. Pengguna boleh mengoptimumkan tangkapan foto dalam persekitaran cahaya malap dengan Dual Sony Flagship Sensors yang dipertingkatkan bersama IMX709 untuk kamera hadapan dan IMX766 untuk kamera belakang.
Kini, kehadiran siri OPPO Reno10 baharunya mendedahkan pengalaman telefon potret ‘Pro-level’ sambil memfokuskan kamera telefotonya. Anda boleh daftar dib sini untuk ketahui maklumat lanjut siri OPPO Reno.
Tandakan kalendar anda pada 6 Julai ini untuk pelancaran siri OPPO Reno10 5G di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






