More

    Facebook lancarkan Horizon Worlds, realiti maya menggunakan VR

    Semalam, firma induk Facebook membuka platform realiti maya Horizon Worlds kepada orang ramai di Amerika Utara. Ini merupakan satu langkah ke arah membina wawasan metaverse untuk masa hadapan. Horizon Worlds memberi pengalaman dalam talian di mana anda boleh bertemu rakan-rakan menggunakan set kepala realiti maya (VR).

    Pengguna set kepala di Amerika Syarikat dan Kanada boleh berkumpul dengan rakan, bermain game dan membina dunia maya mereka sendiri di Horizon jika umur mereka melepasi 18 tahun. Mereka telah menguji platform ini kepada beberapa pengguna secara terhad.

    Pada Oktober lalu, Facebook telah menukar nama syarikat kepada Meta untuk menekankan matlamatnya untuk beralih kepada realiti maya pada masa depan hadapan. Mereka turut menyediakan peraturan tatakelakuan seperti membolehkan anda berehat, menyekat, membisukan atau melaporkan orang bagi memastikan keselamatan pengguna sepanjang penggunaan VR.

    Mereka telah mengeluarkan alat mudah alih bagi golongan yang bekerja luar dari pejabat yang mendapat sambutan hangat ketika pandemik ini. Menarik sekali, Facebook (Meta) telah melancarkan “Horizon Workrooms” menggunakan peralatan realiti maya Oculus membolehkan anda bertukar-tukar daripada realiti maya kepada persidangan web untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza. 

    Kami sangat mengharapkan platform ini disediakan secara global secepat mungkin. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malaymail

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...