More

    ‘Flagship’ Motorola Edge Plus bakal hadir dengan Snapdragon 865, kamera 108MP pada 22 April

    Mungkin terdapat pelbagai jenama besar telefon pintar yang telah mula menempah nama di hati peminat teknologi. Namun, perkara tersebut bukan alasan untuk Motorola berhenti memahat nama dalam pasaran telefon pintar. Terkini, kami ingin memaklumkan tentang spesifikasi dan ciri teknologi flagship Motorola Edge Plus yang diketahui setakat ini.

    Jika anda masih tidak tahu, ia sepatutnya dilancarkan pada Kongres Mudah Lih Sedunia (MWC) pada Februari lalu, namun ditangguh kepada 22 April berikutan penularan pandemik yang berlaku. Untuk reka bentuk Motorola Edge Plus, ia bakal hadir dengan paparan air terjun berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 90Hz bersama sedikit potongan kamera hadapan dalam paparan.

    Peranti ini bakal hadir dengan cipset Snapdragon 865, RAM 8GB atau 12GB dan bateri besar 5170mAh. Mengenai spesifikasi kamera, ia dilaporkan bakal dilengkapi tetapan tiga kamera utama dengan lensa utama 108MP (sama seperti Motorola Edge). Apa yang menarik, sebenarnya Motorola tidak mengumumkan flagship kali ini sebagai Motorola Edge Plus. Pelbagai penggiat teknologi hanya meneka sahaja nama Motorola Edge Plus. Anda boleh melihat khabar angin lepas di pautan ini.

    Apa pun, berita ini merupakan sebuah khabar angin memandangkan tiada maklumat rasmi mengenai spesifikasi mahupun pelancarannya di Malaysia. Ikuti berita pelancaran flagship Motorola ini pada 22 April melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda pernah menjadi pengguna Motorola? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

    Sumber: Android Authority | Evan Blass

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured