More

    Fungsi isyarat kecemasan satelit dalam iPhone 14 selamatkan 2 wanita di Kanada

    Satu ciri baharu yang diperkenalkan dalam siri iPhone 14 adalah hubungan satelit yang boleh dimanfaatkan sewaktu pengguna sesat di tempat terpencil yang tidak mempunyai rangkaian telekomunikasi. Sungguh pun begitu, hubungan satelit ini tidak boleh membuat panggilan telefon dan ia hanya boleh digunakan untuk menghantar isyarat kecemasan SOS kepada pihak penyelamat.

    Fungsi ini terbukti boleh menyelamatkan nyawa, seperti yang berlaku kepada dua wanita di Kanada baru-baru ini. Dalam sebuah kejadian yang berlaku di negeri British Columbia pada 23 Disember lalu, mereka terkandas di jalan pedalaman yang telah ditimbus oleh salji tebal.

    Malangnya, kawasan tersebut tidak mempunyai rangkaian telekomunikasi jadi mereka tidak boleh menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan mereka. Mujur sekali, salah seorang daripada mereka memiliki iPhone 14 dan boleh mengaktifkan isyarat kecemasan satelit di dalamnya.

    Sebaik sahaja ia diaktifkan, telefon itu menghantar mesej kepada pusat panggilan Apple, kemudian terus menghubungi Northern 911 iaitu nombor pihak penyelamat Kanada. Dengan serta merta, pihak penyelamat mengetahui koordinat GPS dua wanita tersebut dan mengerahkan pasukan untuk menyelamatkan mereka.

    Menurut wakil daripada pihak penyelamat Kanada, teknologi isyarat satelit dalam iPhone 14 ini telah memainkan peranan penting dalam menyelamatkan dua wanita tersebut. Jika mereka tidak memberi isyarat itu, pihak penyelamat akan mengalami kesukaran dalam mencari mereka, mungkin mengambil masa selama lebih semingu dan memerlukan lebih ramai anggota penyelamat.

    Fungsi isyarat satelit ini bukan sahaja boleh menyelamatkan pengguna, malah ia akan membantu para penyelamat untuk mengenal pasti kedudukan individu yang sesat atau terkandas.

    Sebelum ini, fungsi sama pada iPhone 14 berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terkandas di Alaska, Amerika Syarikat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Times Colonist

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured