Sempena sambutan Merdeka, Infinix melancarkan kempen khas bertemakan “Gadget Baru, Semangat Baru” yang berlangsung dari 25 Ogos hingga 21 September 2025. Sepanjang tempoh ini, pelanggan yang membeli model terpilih GT 30 Pro serta siri NOTE 50 dan berpeluang menerima hadiah eksklusif seperti pemegang kad magnetik, beg Infinix edisi khas dan pemegang telefon boleh berpusing, selagi stok masih ada.
Antara model yang ditawarkan termasuk Infinix GT 30 Pro yang dilengkapi cip MediaTek Dimensity 8350, skrin AMOLED 144Hz dan sistem permainan All-Day Full FPS. Turut tersenarai, NOTE 50 Pro+ 5G yang menyokong pengecasan pantas 100W dan kamera periscope dengan OIS. Sementara itu, NOTE 50X dan NOTE 50S 5G menampilkan bateri 5200mAh, pengecasan pantas 45W serta ciri kamera Sony dan ketahanan standard ketenteraan pada model tertentu.

Kempen ini boleh disertai di pelbagai saluran rasmi Infinix termasuk Shopee, Lazada, TikTok Shop serta rangkaian Infinix Brand Stores dan pengedar sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari kedai rasmi Infinix Malaysia di platform e-dagang utama atau kunjungi cawangan berdekatan.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






