More

    Ulasan Infinix GT 30 Pro – Telefon “gaming” murah dengan rekaan mahal

    Buat para gamers yang sedang mencari telefon pintar gaming yang mampu milik, Infinix GT 30 Pro yang dilancar pada Mei lalu dan dijual pada harga bermula RM1,299 adalah pilihan yang sangat menarik. Ia bukan sahaja dilengkapi spesifikasi yang canggih untuk harga tersebut, malah menampilkan rekaan geometri yang sangat menarik perhatian.

    Akan tetapi, ia masih mempunyai beberapa masalah yang akan mengganggu penggunaan anda. Untuk mengetahui sama ada telefon ini sesuai menjadi peranti anda yang seterusnya, ayuh baca ulasan ini.

    Rekaan – Tidak syak lagi, ini telefon gaming

    Sekali pandang sahaja di bahagian belakang telefon ini dan anda boleh agak bahawa ini adalah sebuah telefon khas untuk gamer. Ia mempunyai corak garisan geometri yang sangat unik dan pasti akan menimbulkan minat daripada sesiapa sahaja yang melihatnya.

    Bukan itu sahaja, bahagian belakangnya mempunyai garisan lampu RGB Mechanical Light Waves yang boleh menyala-nyala dengan pelbagai warna. Ia akan menyala sewaktu anda bermain game, mendengar muzik, menerima panggilan telefon, mendapat notifikasi, mengecas telefon dan pelbagai fungsi lain. Ia boleh ditetapkan dalam ruangan Settings dan jika anda risau ia akan menggunakan terlalu banyak bateri (atau mungkin mengganggu orang lain), ia boleh dimatikan terus.

    Rekaan belakang Infinix GT 30 Pro
    Efek garisan yang sangat unik!
    Lampu Mechanical Light Waves

    Saya berpendapat telefon ini cuba meniru konsep lampu belakang seperti yang terdapat pada siri ROG Phone atau Nothing Phone, namun ini versi untuk telefon yang lebih murah. Sungguh pun begitu, perlu diketahui bahawa kesan cap jari sangat mudah tertinggal pada permukaannya dan membuatkan ia nampak comot.

    Selain itu, perlu diingati bahawa Mechanical Light Waves hanya ditawarkan untuk pilihan warna hitam Dark Flare. Untuk warna putih Blade White dan kelabu Shadow Ash, ia hanya mempunyai corak garisan.

    Di bahagian sisi kanan pula, terdapat butang ultrasonik GT Trigger yang boleh digunakan sewaktu anda bermain game dalam mod lanskap.

    Bonggol kamera dengan lebih dekat
    Bahagian sisi kanan dengan butang kuasa (bergaris merah), butang volume dan butang ultrasonik GT Triggers
    Bahagian bawah menempatkan slot kad SIM, port USB-C dan pembesar suara
    Kesan cap jari yang sangat jelas dan mudah ditinggalkan

    Walaupun telefon ini menggunakan bahan plastik untuk bina rangka sisi dan permukaan belakang, telefon ini masih mempunyai mutu buatan yang rasa kukuh pada tangan. Lebih menarik, ia turut mempunyai rating kalis air IP64, sesuatu yang jarang ada pada telefon gaming murah.

    "
    "

    Spesifikasi – Boleh tahan!

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Infinix GT 30 Pro:

    • Skrin AMOLED 6.78 inci, resolusi 1224×2720, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 4,500 nits
    • Cipset MediaTek Dimensity 8350 Ultimate
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman UFS 4.0 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 8MP
    • Kamera hadapan 13MP
    • Bateri 5,500mAh
    • Pengecasan pantas 65W
    • Sistem operasi Android 15 dengan XOS For GT
    • Pembesar suara stereo
    • Port USB-C 2.0
    • Bluetooth 5.4, Wi-Fi 6

    Telefon ini mempunyai skrin yang sangat bagus untuk harganya, dengan panel AMOLED yang menghasilkan warna cantik dan terang untuk semua video dan game anda. Sempadan bezelnya nipis menghasilkan tontonan yang tidak mengganggu, kadar 144Hz menghasilkan animasi yang lancar apabila anda leretkan jari dan kecerahan puncak sehingga 4,500 nits bermaksud skrin ini boleh dilihat terang walaupun bawah cahaya terik. Ini semua ciri-ciri skrin yang terdapat pada telefon lebih mahal.

    Ia menawarkan pembesar suara stereo, bagus untuk telefon pada harga ini, namun kualiti audionya biasa sahaja. Malang buat mereka yang gemarkan fon telinga berwayar, ia tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.

    Skrin Infinix GT 30 Pro
    Seronok menonton filem pada skrin telefon ini

    Ia menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8350 Ultimate yang menyediakan prestasi setaraf telefon flagship pada 2021 dan 2022. Saya akan ulas mengenai pengalaman penggunaan saya dalam seksyen Prestasi. RAM hanya ditawarkan dalam satu kapasiti sahaja iaitu 12GB, manakala storan dalaman 256GB atau 512GB itu tidak boleh dibesarkan dengan kad memori microSD.

    Untuk antara muka (UI), ia menggunakan XOS For GT dan saya merasakan ia mudah digunakan, tidak banyak beza dengan UI Android lain. Perlu saya nyatakan di sini bahawa telefon ini didatangkan dengan bloatware yang banyak, jadi anda mungkin perlu luangkan masa untuk membuangnya.

    Antara muka XOS for GT

    Satu lagi isu adalah jadual kemas kini yang pendek, di mana telefon ini akan menerima kemas kini Android selama dua tahun dan kemas kini keselamatan selama tiga tahun sahaja. Ini adalah lebih pendek berbanding jenama pesaing, ada yang memberikannya sehinga enam tahun.

    Seperti kebanyakan telefon yang dilancar pada waktu ini, ia mempunyai pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) untuk bantu tugasan harian, seperti Call Assistant, Translation Assistant, Social Assistant, Document Assistant, Writing Assistant dan banyak lagi. Secara jujur, saya tidak sempat mencuba semuanya, namun beberapa fungsi yang saya cuba seperti Translation Assistant sangat membantu dalam membaca artikel bahasa asing.

    Senarai fungsi Infinix AI yang ditawarkan
    Saya gunakan AI Cutout untuk buang orang di bahagian kanan gambar

    Satu fungsi yang saya kerap guna adalah AI Cutout untuk membuang objek yang tidak diingini dalam gambar. Saya merasakan AI boleh mengesan sempadan subjek gambar dengan tepat pada kebanyakan masa, dan boleh membuang dan mengisi ruang kosong dengan baik.

    Pemprosesan fungsi-fungsi AI ini akan menggunakan internet, namun anda juga diberi pilihan untuk memprosesnya secara dalaman sahaja jika anda lebih mementingkan privasi. Perlu diketahui bahawa pemprosesan secara dalaman adalah lebih perlahan sedikit berbanding pemprosesan dengan internet.

    Prestasi – Bagus untuk main game popular

    Berikut adalah beberapa penanda aras yang saya telah lakukan dalam Geekbench dan 3Dmark:

    Geekbench menunjukkan prestasinya mirip Samsung Galaxy S22 dan POCO F5
    Ujian 3DMark selama 20 minit menunjukkan telefon ini boleh mengekalkan prestasi yang stabil dalam tempoh lama

    Telefon ini memang boleh melakukan kebanyakan tugas harian dengan lancar, seperti menonton video, membalas mesej, melayari media sosial, membaca laman web dan lain-lain. Bagaimana pula sewaktu bermain game? Saya telah menggunakannya untuk memainkan PUBG Mobile dan pengalaman gaming rasa amat lancar, walaupun dalam tetapan grafik tinggi. Malah, permukaan belakang juga rasa tidak terlalu panas.

    Untuk beri ujian yang lebih “keras”, saya memainkan game Genshin Impact dan suka untuk saya katakan bahawa telefon murah ini mampu memainkannya dengan agak lancar. Saya menetapkan tetapan grafik medium dan kadar bingkai 60fps dan telefon ini boleh memberikan pengalaman yang baik, tanpa sebarang sangkut-sangkut yang ketara. Walaupun begitu, telefon ini tidak boleh memainkan game ini dengan tetapan grafik tinggi kerana kadar bingkai akan jatuh dengan sangat mendadak.

    PUBG Mobile boleh dimainkan dengan lancar!
    Lancar main Genshin Impact dalam 60fps dengan tetapan grafik medium

    Penggunaan bateri telefon ini pula sangat cemerlang. Dengan pengecasan penuh dan untuk kegunaan harian, telefon ini boleh bertahan sehingga dua hari dengan selesa. Ternyata kapasiti 5,500mAh dalam bateri telefon ini mampu memberikan hayat bateri yang lama, meskipun dengan sesi gaming yang intensif. Untuk penggunaan bateri sewaktu bermain game, sesi PUBG Mobile selama 30 minit mengambil sekitar 5% bateri manakala Genshin Impact pula sekitar 8% untuk tempoh yang sama.

    Sewaktu mengecas, telefon ini menyokong kadar pengecasan pantas 65W. Saya telah mengecasnya menggunakan pengecas pihak ketiga yang turut berkadar 65W, di mana pengecasan daripada 1% hingga 57% mengambil masa 35 minit, manakala sehingga 96% pula mengambil masa satu jam.

    Penggunaan bateri melebihi 2 hari!
    Rekod pengecasan daripada 1% hingga 96%

    Kini saya ingin ulas mengenai prestasi kameranya pula. Walaupun sensor 108MP untuk kamera utama itu bunyinya macam besar, kualiti fotografinya hanyalah setaraf telefon kelas pertengahan sahaja. Dalam situasi cahaya yang terang, memang gambar akan nampak kemas, namun sebaik sahaja anda mengambil gambar dalam situasi malap (seperti dalam bangunan) atau waktu malam, gambar mudah nampak kabur dan banyak noise.

    Mujur, telefon ini mempunyai kamera ultra-lebar, sesuatu yang tiada pada sesetengah telefon yang dijual pada kategori harga ini. Kualiti gambarnya lebih rendah sedikit berbanding kamera utama, namun sekurang-kurangnya ada mempunyai pilihan untuk mengambil gambar dengan sudut yang luas.

    Gambar mod auto
    Gambar mod auto
    Gambar mod auto
    Gambar ultra-lebar
    Gambar ultra-lebar
    Gambar ultra-lebar
    Gambar mod malam
    Gambar mod malam
    Gambar mod malam (ultra-lebar)
    Gambar zum 3x
    Gambar swafoto potret

    Untuk video, anda boleh merakam dengan resolusi 4K60fps pada kamera belakang dan resolusi 4K30fps pada kamera hadapan. Kualiti videonya biasa sahaja, tetapi satu perkara yang saya suka ialah ia mempunyai penstabilan imej optikal (OIS) yang sangat bagus jika saya merakam sewaktu berjalan. Ini membuatkannya sesuai jika anda ingin merakam vlog.

    Kesimpulan – Sesuai untuk gamer yang berjimat

    Infinix GT 30 Pro memang ada banyak kebaikannya, seperti harga yang mampu milik, rekaan yang menarik perhatian, prestasi gaming yang bagus untuk harganya dan lambakan fungsi AI. Sungguh pun begitu, anda perlu sedar bahawa kameranya bukanlah yang terbaik untuk kategori ini.

    Jika anda sedang mencari alternatif kepadanya, anda boleh lihat pada Samsung Galaxy A26 5G (RM1,199) yang menerima kemas kini sehingga enam tahun, namun ia tidak mempunyai kamera ultra-lebar dan kapasiti baterinya lebih kecil. POCO X7 (RM1,199) juga agak bagus, namun ia menggunakan cipset MediaTek Dimensity 7300-Ultra yang lebih perlahan dan rekaannya pula agak membosankan. Jika anda utamakan fotografi, boleh lihat pada OPPO Reno14 F 5G (RM1,399) yang menawarkan pelbagai fungsi khas untuk gambar yang lebih cantik.

    Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Proton e.MAS labur lebih RM40 juta bangunkan ekosistem digital EV pertama Malaysia

    PRO-NET menerusi Proton e.MAS mengumumkan pembangunan platform mobiliti berhubung tempatan pertama di Malaysia dengan pelaburan melebihi RM40 juta sebagai sebahagian usaha memperkukuh...

    Nintendo lancar jualan eShop pertama di Malaysia dengan diskaun untuk “game” ekslusif!

    Selepas beberapa bulan, Nintendo eShop akhirnya mengadakan jualan digital di Malaysia dengan menawarkan potongan harga bagi tajuk terpilih untuk pemain Nintendo Switch...

    Red Magic 11S Pro dilancar secara global dengan SD 8 Elite Gen 5 dan...

    Red Magic mengumumkan pelancaran telefon gaming terbaharu Red Magic 11S Pro ke pasaran global selepas diperkenalkan terlebih dahulu di China. Peranti dikuasakan...

    YouTube mula labelkan video AI secara automatik dan lebih jelas bermula Mei ini

    Google mengumumkan penambahbaikan sistem label kandungan AI di YouTube bagi memudahkan pengguna mengenal pasti video yang dihasilkan atau diubah menggunakan kecerdasan buatan....

    Spotify perkenal Podcast Clips, kini boleh potong dan kongsi bahagian podcast

    Terbaharu, Spotify memperkenalkan fungsi “Podcast Clips” yang membolehkan pengguna memotong, menyimpan dan berkongsi bahagian tertentu daripada episod podcast secara terus dalam aplikasi....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...