fbpx
More

    Gajet paling popular di Malaysia untuk suku kedua 2021, menurut pembaca TechNave!

    Pejam celik, setengah tahun pertama 2021 telah pun berlalu dan kita kini berada dalam suku ketiga untuk tahun ini. Seperti yang telah dilakukan untuk suku pertama sebelum ini, kami akan menyenaraikan gajet paling popular dalam laman-laman TechNave sepanjang suku kedua 2021 (April, Mei dan Jun). Senarai ini dibina berdasarkan jumlah bacaan, carian dan perbandingan spesifikasi yang anda lakukan dalam TechNave.com, CN.TechNave.com dan BM.TechNave.com.

    Jika anda tertanya-tanya apakah gajet yang paling popular di kalangan pembaca TechNave sepanjang tempoh tersebut dan ingin membelinya, inilah senarai untuk anda. Tanpa berlengah lagi, ayuh lihat gajet manakah yang paling menambat hati anda semua pada Q2 2021:

    5 telefon pintar paling popular

    1. Samsung Galaxy A52

    Sekali lagi, sebuah telefon pintar Samsung telah mendapat perhatian tertinggi di kalangan pembaca TechNave pada Q2 2021 iaitu telefon kelas pertengahan Samsung Galaxy A52. Telefon berharga RM1,499 ini telah dilancar pada bulan Mac dan dilengkapi spesifikasi lengkap untuk kegunaan harian seperti RAM 8GB, storan 256GB, skrin FHD 90Hz berukuran 6.5 inci, kamera swafoto 32MP, bateru 4,500mAh dan pengecasan pantas 25W.

    Prestasi kamera utama juga tidak kurang hebatnya, dengan kamera utama 64MP yang dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 5MP. Telefon ini ditawarkan dalam empat warna menarik iaitu biru, hitam, ungu dan putih.

    1. realme 8 Pro

    realme 8 Pro adalah sebuah lagi telefon kelas pertengahan yang menerima sambutan pada tahun ini, terutamanya dengan kamera utamanya yang mempunyai sensor 108MP. Dengan harga RM1,299, spesifikasinya boleh tahan hebat dengan RAM 8GB, storan 128GB, kamera swafoto 16MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan 50W SuperDart.

    Ia ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan biru, serta mempunyai permukaan matte yang tidak meninggalkan kesan cap jari. Sewaktu pelancarannya pada 22 April, realme Malaysia menawarkan pelbagai hadiah menarik yang pastinya telah meningkatkan perhatian terhadap peranti ini.

    1. Xiaomi Redmi Note 10 Pro

    Redmi Note 10 Pro berjaya menarik perhatian pelanggan dengan spesifikasi canggih yang dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada pesaingnya. Dengan harga RM1,099 sahaja, telefon ini menawarkan skrin AMOLED 120Hz, kamera utama 108MP, RAM 8GB dan bateri 5,020mAh.

    Walaupun ia bukanlah telefon tercanggih dalam senarai ini, harganya yang mampu milik untuk fungsi-fungsi canggih membuatkan lebih ramai pelanggan tertarik kepada peranti hebat ini.

    1. OPPO Reno 5F

    Seterusnya adalah OPPO Reno 5F yang dijual pada harga RM1,199. Telefon ini menampilkan rekaan belakang yang sangat cantik dan dilengkapi spesifikasi yang sangat mampu untuk melaksanakan kebanyakan tugas, seperti cipset MediaTek Helio P95 dan RAM 8GB.

    Ia ditawarkan dalam tiga corak warna menawan iaitu Fantastic Purple, Fluid Black dan Crystal Silver. OPPO juga menawarkan hadiah bernilai RM238 sewaktu pelancaran telefon ini bagi meningkatkan perhatian terhadapnya.

    1. Samsung Galaxy A32 5G

    Samsung Galaxy A32 5G adalah antara telefon pintar 5G yang sangat mampu milik pada waktu ini, dengan harga RM1,099. Oleh yang demikian, pengguna telefon ini sudah bersedia untuk menerima rangkaian 5G sebaik sahaja ia diperkenalkan nanti.

    Telefon ini dilengkapi skrin Infinity-V dengan ukuran 6.5 inci dan kamera yang mampu menyokong rakaman 4K. Jika anda mahukan telefon ini namun dengan harga yang lebih murah, anda boleh dapatkan varian yang menyokong 4G sahaja.

    5 tablet paling popular

    1. HUAWEI MatePad Pro 12.6

    Tablet HUAWEI yang paling canggih setakat ini mendapat tempat pertama dalam senarai tablet paling popular untuk Q2 2021. Dengan harga RM3,999, HUAWEI MatePad Pro 12.6 menawarkan pelbagai fungsi canggih seperti RAM 8GB, storan 256GB dan skrin OLED berukuran 12.6 inci dengan resolusi 2560 x 1600.

    Kameranya juga agak berlainan dengan tablet-tablet lain di pasaran, dengan kamera utama 13MP + 8MP + sensor kedalaman ToF 3D serta kamera hadapan 8MP.

    1. Samsung Galaxy Tab A7

    Walapun Samsung Galaxy Tab A7 turun satu tangga berbanding senarai Q1 2021, ia masih menawarkan pelbagai teknologi menarik untuk menarik perhatian pengguna. Dengan harga yang telah diturunkan iaitu RM899 (harga asal RM999), tablet berukuran 10.4 inci ini mempunyai ketebalan 7mm sahaja dan dilengkapi cipset Snapdragon 662 serta bateri 7,040mAh.

    Spesifikasi lain termasuklah RAM 3GB, storan 32GB, kamera swafoto 5MP dan empat pembesar suara.

    1. Samsung Galaxy Tab S6 Lite

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite mendapat tempat ketiga dalam senarai ini dan ia dijual apda harga bermula RM1,699. Tablet ini menawarkan penggunaan S Pen yang sangat menarik tanpa perlu membeli telefon Samsung Galaxy Note, malah jika ia digabungkan dengan papan kekunci Bluetooth, ia mampu menjadi alternatif yang baik kepada komputer riba anda.

    Ciri lain yang menarik termasuklah empat pembesar suara Dolby Atmos dan RAM 4GB.

    1. Samsung Galaxy Tab A 8.0 (2019)

    Tablet berukuran 8 inci ini adalah antara tablet yang paling popular pada tahun 2021 keranya harganya yang mampu milik iaitu RM599 sahaja. Walaupun ia tidak dilengkapi spesifikasi terbaik untuk 2021, ia boleh digunakan untuk kebanyakan tugas dengan baik.

    Spesifikasi utamanya terdiri daripada cipset Snapdragon 429 dan bateri 5,100mAh yang menawarkan hayat bateri lebih besar berbanding tablet 8 inci yang lain.

    1. Apple iPad 10.2 (2020)

    Apple iPad masih mengekalkan reputasinya sebagai antara jenama tablet paling popular pada tahun ini, walaupun ia tidak sepopular tablet Samsung. Dengan harga RM1,449, pelanggan boleh nikmati mutu binaan yang kukuh, skrin 10.2 inci dengan resolus 2160 x 1620 dan sokongan untuk Apple Pencil, tetikus Bluetooth serta pengawal (controller) PS4.

    Mungkin sifat sistem operasi iPadOS yang sangat berlainan dengan Android membuatkan ramai orang tidak berminat dengan iPad, oleh itu jika anda datang daripada ekosistem Android, pastikan anda baca panduan penggunaan iPad ini.

    5 jam tangan pintar paling popular

    1. Xiaomi Mi Watch

    Kami tidak terkejut apabila Xiaomi Mi Watch berjaya mendapat tempat teratas dalam senarai ini kerana ia bukan sahaja nampak seperti jam tangan biasa, malah boleh bertahan selama 16 hari dengan penggunaan biasa atau 50 jam jika GPS diaktifkan.

    Dengan skrin AMOLED berukuran 1.39 inci dan dijual pada harga RM469, ia adalah antara jam tangan paling bernilai pada waktu ini. Ia menawarkan hayat bateri yang lama, 117 mod sukan dan pelbagai fungsi kesihatan lain.

    1. Xiaomi Mi Watch Lite

    Walaupun ia nampak serupa dengan rupa petak Apple Watch, Xiaomi Mi Watch Lite masih mendapat sokongan tinggi dengan skrin 1.4 inci dan hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 9 hari.

    Dengan harga RM249, pengguna boleh dapatkan 11 mod sukan sertia sensor GPS, tekanan udara, altitiud dan degupan jantung. Ia merupakan produk terbaik buat pengguna Android yang inginkan jam tangan mirip Apple Watch.

    1. realme Watch 2

    Di tempat ketiga pula adalah realme Watch 2 yang baru sahaja dilancar, dengan rekaan petak dan bucu melengkung pada skrinnya yang berukuran 1.4 inci. Dengan harga RM229, realme mengatakan jam ini boleh bertahan sehingga 12 hari.

    Selain itu, ia juga dilengkapi pelbagai fungsi kesihatan dan senaman, serta rating kalis air IP68 dan sokongan Bluetooth 5.0.

    1. HUAWEI Watch GT 2 Pro

    HUAWEI Watch GT 2 Pro adalah antara jam tangan pintar yang paling premium pada tahun ini, dijual dengan harga RM1,199. Ciri utama produk ini termasuklah rangka aluminium dan dua butang kawalan di bahagian kanan serta skrin AMOLED 1.39 inci dengan resolusi 454 x 454.

    Jam tangan pintar ini menggunakan cipset Kirin A1 dan dilengkapi permukaan belakang seramik.

    1. realme Watch

    realme Watch mendapat tempat kelima dalam senarai ini, dengan harga bermula RM299. Ia mempunyai rekaan yang serupa dengan realme Watch 2, dengan skrin berbentuk petak berukuran 1.4 inci.

    Ia dilengkapi 14 mod sukan, sensor degupan jantung, sensor okseigan SpO2 dan kalis air IP68.

    5 komputer riba paling popular

    1. ASUS TUF Gaming A15

    Komputer riba ASUS TUF Gaming A15 berjaya naik satu tangga daripada tempat kedua dalam senarai Q1 2021 untuk menjadi komputer riba paling popular pada Q2 2021. Dengan harga RM5,299, komputer ini dilengkapi pemproses AMD Ryzen 7 5800H dan unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GeForce RTX 3070.

    Komputer ini ditawarkan dalam dua pilihan skrin iaitu skrin FHD 144Hz dengan Adaptive Sync atau FHD 240Hz (berharga RM6,699) yang menarik untuk penggiat e-sukan. Ia turut dilengkapi RAM 16GB, membuatkannya mampu untuk mengoperasikan tugas berat seperti janaan imej 3D atau suntingan video.

    1. Acer Swift 3 SF314-42

    Acer Swift 3 SF314-42 menampilkan rekaan yang ringan dan sesuai untuk mereka yang sering bergerak ke pelbagai tempat. Dengan harga RM2,599, ia dilengkapi cipset AMD Ryzen 4000 dengan Radeon Graphics, RAM 8GB, storan SSD 512GB dan berat 1.2kg sahaja.

    Baterinya boleh bertahan selama enam jam atau lebih lama, bergantung kepada program yang dibuka dalam komputer. Komputer ini juga mempunyai pengecas yang sangat kecil dan ringan, membuatkannya sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana.

    1. Dell Inspiron 15 3502

    Dell Inspiron 15 3502 adalah antara komputer riba yang paling murah dalam pasaran pada waktu ini. Dengan harga RM1,499, ia dilengkapi segala spesifikasi asas yang diperlukan oleh golongan pelajar atau mereka yang baru belajar.

    Ia mempunyai semua port I/O penting seperti pembaca kad SD, tiga port USB-A, port HDMI, port kabel LAN dan bicu audio 3.5mm. Dell Inspiraon 15 adalah pilihan yang sempurna buat mereka yang tidak inginkan fungsi-fungsi ekstra dalam komputer mereka.

    1. ASUS TUF Dash F15
    TUF Dash F14

    ASUS TUF Dash F15 adalah sebuah lagi komputer riba gaming dengan RTX 3070, namun ia dilengkapi cipset Intel i5-11300H. Dengan harga RM4,699, ia adalah antara komputer riba gaming yang paling mampu milik namun masih dilengkapi skrin 144Hz yang penting untuk e-sukan.

    Siri TUF juga terkenal dengan rekaan kukuh dan tahan lasak, membenarkannya untuk tahan impak jatuh tanpa sebarang masalah. Untuk sebuah komputer gaming, ia juga agak ringan.

    1. ASUS ROG Strix G15

    ASUS ROG Strix G15 adalah komputer riba gaming premium daripada ASUS, dengan harga bermula RM5,999 untuk skrin IPS 15.6 inci 144Hz. Dengan cipset AMD Ryzen 9 5900H dan GPU RTX 3070, ia adalah sangat berkemampuan untuk memainkan majoriti game terkini.

    Apa yang unik tentang komputer ini adalah port I/O yang berada di bahagian belakang untuk pengurusan kabel yang lebih kemas. Ia juga menyokong pengecasan 100W melalui USB Type-C untuk kegunaan mudah buat mereka yang kerap bergerak.

    Ranking keseluruhan gajet paling trending dalam TechNave untuk Q2 2021

    Telefon pintar

    1. Samsung Galaxy A52
    2. Realme 8 Pro
    3. Xiaomi Redmi Note 10 Pro
    4. Oppo Reno 5F
    5. Samsung Galaxy A32 5G
    6. Xiaomi Poco F3
    7. Xiaomi Poco X3 Pro
    8. Oppo Find X3 Pro
    9. Samsung Galaxy S21 Ultra 5G
    10. Samsung Galaxy A02s

    Tablet

    1. Huawei MatePad Pro 12.6
    2. Samsung Galaxy Tab A7
    3. Samsung Galaxy Tab S6 Lite
    4. Samsung Galaxy Tab A 8.0 (2019)
    5. Apple iPad 10.2 2020
    6. Huawei MatePad 10.4
    7. Apple iPad Pro 12.9 (2021)
    8. Huawei MatePad T 10s
    9. Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus
    10. Apple iPad Pro 11 (2021)

    Jam tangan pintar

    1. Xiaomi Mi Watch
    2. Xiaomi Mi Watch Lite
    3. realme Watch 2
    4. Huawei Watch GT 2 Pro
    5. Realme Watch
    6. Huawei Watch 3
    7. Huawei Watch Fit
    8. Realme Watch S Pro
    9. OnePlus Watch
    10. Apple Watch SE

    Komputer riba

    1. ASUS TUF Gaming A15
    2. Acer Swift 3 SF314-42
    3. Dell Inspiron 15 3502
    4. ASUS TUF Dash F15
    5. ASUS ROG Strix G15
    6. HUAWEI MateBook D 15 R5
    7. ASUS VivoBook 14 M413
    8. JOI BOOK 5115
    9. Acer Nitro 5 AN515-43
    10. Lenovo Legion 5 Pro AMD

    Adakah gajet yang menarik minat anda berada dalam senarai di atas? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Malaysia anjurkan promosi Hari Raya, dapat pelbagai hadiah percuma dengan setiap pembelian

    Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, vivo Malaysia menganjurkan promosi khas vivo Raya Sooo Pro untuk pelbagai telefon pintar, di mana para pelanggan...

    Bank ingatkan orang ramai bahawa mereka tidak akan minta maklumat peribadi melalui panggilan telefon

    Persatuan Bank Malaysia (ABM) dan Persatuana Perbankan Islamik dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) mengingatkan orang ramai bahawa mana-mana bank tidak akan meminta...

    nubia Flip 5G dilancar di Malaysia: Telefon lipat dengan skrin 6.9″, SD 7 Gen...

    Selepas dilancarkan untuk pasaran antarabangsa pada bulan Februari lalu, nubia Flip 5G akhirnya sudah tiba ke pasaran Malaysia sebagai telefon lipat pertama...

    Ini dia 4 fungsi Samsung Galaxy AI yang “power” gila!

    Pada awal tahun ini, Samsung telah melancarkan siri telefon pintar Samsung Galaxy S24 yang bukan sahaja menampilkan spesifikasi tercanggih untuk tahun ini,...

    realme akan lancarkan siri telefon P Series 5G pada 15 April 2024

    Beberapa hari lalu, realme berkongsi sebuah video pendek yang mengacah kehadiran siri telefon pintar baharu pada masa akan datang. Kini syarikat teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X