More

    Gambar pengesan objek pintar Samsung Galaxy SmartTag Bluetooth bocor!

    Samsung dijangka akan melancarkan telefon siri Galaxy S21 dan fon telinga Galaxy Buds Pro TWS pada 14 Januari ini. Selain dari itu, Samsung juga dikhabarkan akan melancarkan pengesan objek pintar mereka iaitu Galaxy SmartTag Bluetooth. Terbaru, beberapa gambar peranti ini telah tertiris di dalam talian.

    Berdasarkan gambar tersebut, Galaxy SmartTag dilihat berwarna hitam dan reka bentuknya adalah hampir sama seperti pengesan objek Tile, jenama pengesan objek yang popular. Gambar tersebut juga menunjukkan beberapa reka bentuk yang sedikit berbeza terutamanya pada warna logo Samsung pada peranti itu.

    Pengesan objek ini dikatakan akan menggunakan sel bateri 3V yang boleh diganti dengan ciri penyambungan Bluetooth 5.1. Selain dari warna hitam, ia juga dikhabarkan akan dijual dengan warna Oatmeal.

    Galaxy SmartTag dijangka akan dijual pada tanda harga sekitar €15 (~RM73) sehingga €20 (~RM98). Peranti ini juga akan menggunakan ciri Samsung SmartThings Find.

    Adakah anda berminat dengan pengesan objek pintar Samsung ini? Nantikan pelancaran peranti ini bersama kami di Facebook TechNaveBM dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured