More

    GoCar perkenalkan pelan langganan untuk pemanduan kenderaan elektrik, bermula RM120 sehari

    Baru-baru ini, platform mobiliti kenderaan GoCar Malaysia telah mengumumkan pelan langganan GoCar Subs Electric baharu untuk kenderaan elektrik (EV) mereka, di mana pelanggan kini boleh memilih langganan secara mingguan atau bulanan.

    Di samping itu, mereka juga telah menambah beberapa model EV baharu ke dalam GoCar Subs Electric, menjadikan jumlahnya kepada tujuh kenderaan iaitu Nissan Leaf, Renault Zoe baharu, Hyundai Kona EV, Hyundai Ioniq 5, Great Wall Motor Ora Good Cat, Electric MINI dan Tesla Model Y.

    Untuk harga langganan, kadarnya bermula daripada RM120 sehari untuk pelan bulanan dan RM171 sehari untuk pelan mingguan. Kadar ini dikira berdasarkan yuran langganan masing-masing dan Penepian Kerosakan Perlanggaran (Collision Damage Waiver, CDW) mandatori.

    Berikut adalah kadar langganan untuk setiap kenderaan yang ditawarkan dalam GoCar Subs Electric:

    Jika anda berminat untuk mencuba mana-mana kenderaan di atas, anda boleh daftarkan diri menerusi aplikasi GoCar atau laman web GoCar Subs, dan pilih model kenderaan yang diminati. Kenderaan akan disediakan dalam tempoh 14 hari (bergantung kepada kebolehdapatan) sebaik sahaja bayaran dibuat.

    Buat masa ini, perkhidmatan GoCar Subs Electric hanya disediakan di Lembah Klang. Semua model akan disertakan dengan kad chargEV untuk akses percuma kepada semua pengecas AC yang terdapat di lebih 300 stesen pengecasan di seluruh negara.

    Layari laman web GoCar untuk maklumat lanjut mengenai pelan langganan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured