More

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar notis emel kepada pengguna untuk memaklumkan bahawa Gemini kini mengambil alih peranan sebagai pembantu maya lalai pada platform Android.

    Gemini akan menjadi penolong utama pada telefon pintar, tablet, jam tangan pintar berasaskan Wear OS, fon telinga yang serasi dan sistem Android Auto yang dipancarkan daripada telefon. Apabila pengaktifan suara seperti “Hey Google” atau tekan lama pada butang kuasa dilakukan, antara muka Gemini akan dipaparkan secara automatik.

    Sebaik sahaja proses penamatan berkuat kuasa pada sesebuah peranti, tetapan untuk bertukar kembali kepada Google Assistant akan dipadamkan sepenuhnya. Google memaklumkan bahawa proses penyingkiran akses ini akan bermula pada 4 September dan dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk selesai meliputi seluruh pengguna secara global.

    Pengecualian diberikan kepada kenderaan yang mempunyai sistem Google terbina terus yang mana Google Assistant masih kekal berfungsi buat masa ini. Selain itu, peranti rumah pintar seperti pembesar suara Google Home, paparan pintar dan Google TV juga tidak terjejas dengan fasa penamatan mudah alih ini, walaupun Google merancang untuk membawa Gemini ke peranti berkenaan pada masa akan datang.

    Pertukaran ke Gemini ini terpakai kepada peranti Android yang memenuhi keperluan minimum sistem serta berada di kawasan yang menyokong perkhidmatan Gemini. Bagi peranti lama yang tidak menyokong Gemini, aplikasi penolong maya berkenaan tidak akan dikemas kini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Google

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured