More

    Google Pixel Buds 2a dilancar di Malaysia: ANC, Tensor A1, Google AI berharga RM649

    Selain melancarkan siri telefon pintar Pixel 10 pada hari ini, Google turut melancarkan sepasang fon telinga wayarles baharu iaitu Google Pixel Buds 2a. Ia merupakan fon telinga Pixel A pertama yang menawarkan pembatalan hingar aktif (ANC), serta dilengkapi cip Tensor A1 dan Google AI untuk penggunaan yang canggih.

    Ia mempunyai rekaan putar-untuk-laras (twist-to-adjust) serta empat putik telinga (eartips) supaya ia boleh dipakaikan dengan erat pada telinga anda. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna, Iris dan Hazel, serta dilengkapi rating kalis air IP54.

    Cip Tensor A1 menawarkan fungsi ANC dengan Silent Seal 1.5 supaya anda boleh menikmati muzik dengan lebih imersif. Untuk prestasi audio yang tinggi sewaktu mendengar muzik dan menjawab panggilan telefon, ia mempunyai speaker driver yang direka khas, kamar frekuensi tinggi (high-frequency chamber), jaringan penghalang angin (wind-blocking mesh) dan pemprosesan Google AI bagi menghasilkan audio yang jelas.

    Baterinya boleh bertahan sehingga tujuh jam jika bergantung kepada fon telinga sahaja, atau sehingga 20 jam jika digabungkan dengan bekas pengecasan.

    Anda juga boleh mengakses pembantu AI Gemini untuk dapatkan pelbagai bantuan seperti meringkaskan mesej dan dapatkan cadangan kedai kopi sewaktu berjalan kaki. Anda cuma perlu tuturkan “Hey Google” atau lakukan gerakan (gestures) yang ditetapkan oleh anda sendiri untuk mengakses Gemini.

    Selain itu, ia mempunyai fungsi Multipoint yang membenarkannya dihubungkan dengan beberapa peranti serentak, manakala fungsi Find Hub memudahkan anda mencari lokasinya jika anda terlupa di mana anda letakkannya.

    Google Pixel Buds 2a akan dijual di Malaysia pada harga RM649 and akan dijual secara rasmi bermula 9 Oktober 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...