More

    Google umum Gemini Intelligence bakal tukar Android jadi ejen AI

    Google mengumumkan set ciri AI baharu untuk Android menerusi platform Gemini Intelligence dengan fokus menjadikan telefon lebih automatik dalam mengurus tugasan harian pengguna. Ciri ini akan mula diperkenalkan pada Samsung Galaxy S26 dan Google Pixel 10 sebelum diperluaskan ke lebih banyak peranti Android lain.

    Antara fungsi utama ialah kemampuan Gemini untuk mengendalikan aplikasi secara automatik seperti membuat tempahan kelas senaman, membeli barang dapur dan mengurus pembelian terus dari telefon. Google juga memperlihatkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna menekan lama butang kuasa pada tangkap layar senarai barang dapur sebelum Gemini terus membina troli pembelian secara automatik.

    Chrome untuk Android juga bakal menerima ciri auto browse bermula Jun ini bagi membantu tugasan rutin seperti tempahan parkir manakala Autofill Android kini lebih pintar dengan kemampuan memahami konteks aplikasi untuk mengisi borang secara automatik.

    Selain itu, Gboard menerima ciri baharu dipanggil Rambler yang membersihkan rakaman suara sebelum ditukar kepada teks termasuk membuang perkataan pengisi, jeda dan pertukaran bahasa tidak sengaja. Google turut memperkenalkan sistem penjana widget berasaskan teks yang membolehkan pengguna mencipta widget khas hanya melalui arahan ringkas.

    Untuk privasi, semua ciri Gemini Intelligence adalah “opt-in” dan pengguna boleh melihat aktiviti AI menerusi Android Privacy Dashboard. Android juga akan memaparkan notifikasi kekal ketika AI menjalankan tugasan di latar belakang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...