More

    Grab umumkan perubahan struktur tambang waktu puncak, lebih mahal semasa kesesakan lalu lintas

    Mulai hari ini (16 Januari 2023), Grab melaksanakan perubahan kepada struktur tambangnya pada waktu puncak di Lembah Klang untuk memberikan pampasan yang lebih adil kepada pemandu Grab. Ini bermakna bermakna tambang akan menjadi yang lebih tinggi apabila perjalanan mengalami kesesakan lalu lintas.

    Perubahan itu termasuk tambang seminit yang lebih tinggi, bonus pengambilan jauh dan pulangan tunai setiap jam. Bagi JustGrab di Lembah Klang, struktur tambang baharu itu mengurangkan tambang setiap km daripada RM0.70 kepada RM0.25 manakala tambang seminit meningkat daripada RM0.20 kepada RM0.43 seminit. 

    Grab berkata bahawa paras tambang keseluruhan kekal secara kasar dan tidak berubah. Selain itu, Grab juga menjelaskan bahawa perubahan struktur tambang bermakna tambang lebih tinggi pada waktu puncak di kawasan sibuk seperti pusat bandar Kuala Lumpur (KL) pada jam 6 petang di mana trafik mulai sesak. 

    Syarikat itu memberikan contoh perjalanan dengan purata kelajuan perlahan 20km/j:

    Sebaliknya, ia juga bermaksud tambang yang lebih rendah untuk perjalanan yang cepat. Berikut adalah contoh yang disediakan oleh Grab dengan jarak 10km yang sama seperti di atas tetapi pada kelajuan purata yang lebih pantas iaitu 40km/j:

    Pengguna perlu tahu bahawa tambang dikira berdasarkan jarak anggaran sistem dan masa perjalanan anggaran sistem. Selain itu, perubahan struktur tambang tidak menjejaskan perjalanan ke dan dari KLIA.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Grab

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured