More

    Harga dan varian ASUS ROG Phone 5s diumum, bermula ~RM2,613

    Pada awal minggu ini, ASUS telah melancarkan varian terbaru untuk siri telefon pintar gaming ROG Phone 5 iaitu ASUS ROG Phone 5s namun harganya tidak diumumkan pada waktu itu. Kini, ASUS telah mengumumkan harga serta varian memori untuk siri ROG Phone 5s di pasaran China dan Taiwan.

    RAM untuk telefon ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu 8GB, 12GB dan 16GB manakala storan dalaman pula adalah 128GB, 256GB atau 512GB. Berikut adalah senarai varian memori untuk ROG Phone 5s:

    • 8GB + 256GB – 3,999 Yuan (~RM2,613)
    • 12GB +128GB – 4,299 Yuan (~RM2,809)
    • 12GB + 256GB – 4,699 Yuan (~RM3,070)
    • 16GB + 256GB – 4,999 Yuan (~RM3,266)
    • 18GB + 512GB – 5,899 Yuan (~RM3,855)

    Untuk ROG Phone 5s Pro pula, ia hanya akan ditawarkan dalam varian memori 18GB + 512GB yang dijual pada harga 8,499 Yuan (~RM5,551). Ia akan mula dijual di China pada 24 Ogos.

    Secara ringkas, siri ROG Phone 5s dilengkapi cipset Qualcomm tercanggih setakat ini iaitu Snapdragon 888 Plus dan skrin dengan kadar bacaan sentuhan 360Hz. Selain daripada itu, spesifikasinya hampir sama dengan siri ROG Phone 5 asal.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured