More

    Harga siri HUAWEI Mate40 terdedah, Kirin 9000 + cas pantas 66W + kamera 50MP bermula ~RM4,216

    Jika anda masih tidak tahu, siri HUAWEI Mate40 bakal dilancar pada 22 Oktober ini. Sehubungan dengan tarikh yang bakal menjelang tiba, kita pasti sudah menjangkakan ura-ura spesifikasi seperti dalam berita yang lepas. Terkini, sumber telah mendedahkan harga untuk siri HUAWEI Mate40.

    Menurut sumber, HUAWEI Mate40 Pro 8GB+256GB mungkin berharga 6799 Yuan (~RM4,216) dan varian 8GB+512GB berharga 7799 Yuan (~RM4,836).

    HUAWEI Mate40 Pro+ varian 12GB+256GB akan dijual pada harga (~RM5,581), HUAWEI Mate40 edisi RS Porsche berharga 12999 Yuan (~RM8,061) hingga 14999 Yuan (~RM9,302) untuk varian 12GB+256GB dan 16GB+512GB.

    Perlu diingatkan bahawa maklumat harga ini adalah dari sumber tidak rasmi dan masih bertahap spekulasi. Kami juga tidak pasti sama ada pasaran Malaysia akan menerima kesemua varian siri HUAWEI Mate40. Untuk berita lebih jelas, kita perlu menunggu maklumat melalui acara pelancarannya pada 22 Oktober 2020, jam 8PM (waktu Malaysia).

    Rupa dan spesifikasi HUAWEI Mate40

    Sepintas lalu, siri HUAWEI Mate40 dikatakan mungkin hadir dengan cipset Kirin 9000, kamera Leica baharu, teknologi cas pantas, kamera utama 50MP dan sokongan rakaman video sehingga 8K. Lebih menarik, siri terbaru peranti ini mungkin dilengkapi perisian yang boleh menukarkan sistem operasi kepada Harmony OS kelak.

    Apakah pendapat anda mengenai siri HUAWEI Mate40? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai siri HUAWEI Mate40 disini!

    Sumber: Gizchina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured