More

    Harga siri Xiaomi Mi 11 didedahkan, bermula ~RM2,793 sehingga ~RM3,228

    Sementara menanti kehadiran siri Xiaomi Mi 11 pada 28 Disember 2020 ini, terdapat pelbagai berita yang muncul mengenai spesifikasinya. Terkini, sumber mendedahkan tangkap layar harga tidak rasmi siri Xiaomi Mi 11 yang bermula pada 4500 Yuan (~RM2,793).

    Untuk pengetahuan anda, harga yang dipaparkan ini ditemui di laman e-dagang China, JD. Menurut gambar di bawah, siri Xiaomi Mi 11 bakal hadir dengan tiga varian storan, manakala terdapat Xiaomi Mi 11 versi litupan kulit (leather) dalam dua varian storan. Harga yang dipaparkan adalah harga di pasaran China.

    Xiaomi Mi 11

    • 8GB + 128 GB = 4500 Yuan (~RM2,793)
    • 8GB + 256GB = 4800 Yuan (~RM2,980)
    • 12GB + 256GB = 5200 Yuan (~RM3,228)

    Xiaomi Mi 11 edisi kulit (leather)

    • 8GB + 128GB = 4500 Yuan (~RM2,793)
    • 8GB + 256GB = 4800 Yuan (~RM2,980)

    Sepintas lalu, Xiaomi Mi 11 bakal hadir dengan Snapdragon 888, RAM 8GB dan menyokong pengecasan pantas 55W. Terdahulu, terdapat gambar yang mendedahkan rekaan Xiaomi Mi 11, tetapi masih tidak diketahui kesahihannya.

    Apa pun, kita perlu menunggu maklumat harga rasmi pada hari pelancaran. Adakah and aberpuas hati sekiranya harga ini adalah harga sebenar? Kongsikan pandangan anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured