More

    HONOR 70 Edisi Terhad Touch ‘n Go dilancar di Malaysia, berharga RM1,999

    Selepas HONOR Malaysia memperkenalkan warna baharu untuk telefon kelas pertengahan HONOR 70 pada minggu lepas, kini HONOR Malaysia akan menawarkan sebuah edisi khas untuk peranti tersebut iaitu HONOR 70 x Touch ‘n Go Edisi Terhad.

    Selain menawarkan HONOR 70 dalam warna Icelandic Frost, pakej khas ini mengandungi Kad Edisi Khas NFC Touch ‘n Go, RFID, sarung telefon, gelang tangan pintar HONOR Band 6 dan lanjutan waranti selama setahun.

    HONOR 70 edisi khas ini akan dijual bermula 28 Oktober 2022 pada harga RM1,999. Memandangkan harganya sama dengan HONOR 70 standard, ini adalah sebuah pakej yang sangat menarik jika anda berminat dengan telefon ini.

    Jika anda tidak mengenali HONOR 70, ia adalah sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang dilengkapi skrin OLED 6.67 inci dengan kadar 120Hz, cipset Snapdragon 778G, kadar pengecasan pantas 66W dan empat kamera di belakang. Layari artikel pelancarannya untuk maklumat lanjut.

    HONOR 70 Edisi Khas Touch ‘n Go ini boleh dibeli di laman web HONOR Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...