More

    HONOR Band 7 dilancar: Paparan AMOLED 1.47″ dan hayat bateri 14 hari bermula ~RM158

    Selain mengeluarkan HONOR 80 GT dan HONOR Pad V8 Pro semalam, syarikat teknologi China itu turut mengeluarkan jam tangan pintar HONOR Band 7 menampilkan paparan AMOLED 1.47 inci dengan kaca melengkung 2.5D dan 221 ppi.

    Menurut laman web rasmi HONOR China, peranti ini mempunyai semua ciri penjejakan kecergasan dan pemantauan kesihatan standard termasuk 96 mod sukan, pemantauan oksigen darah, pemantauan kadar jantung dan pemantauan tidur.

    Band 7 dilengkapi dengan sokongan pembayaran, fotografi kawalan jauh dan kawalan main balik muzik. Daripada segi bateri, HONOR mendakwa bahawa jam tangan ini boleh bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan biasa dan 10 hari dengan penggunaan berat.

    Ciri penting lain termasuk Bluetooth 5.2, sokongan pengecasan pantas dan pilihan warna Rose Pink, Cedar Blue atau Magic Night Black. Di China, Band 7 berharga CNY249 (~RM158) atau pada harga diskaun CNY199 (~RM127) dalam tempoh pra-tempah dari sekarang hingga 6 Januari 2022.

    Namun, kami masih tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kehadirannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...