More

    HONOR berkolaborasi dengan Google, bawa AI ke HONOR Magic7 Pro & RSR

    HONOR telah mengumumkan perancangan untuk menyepadukan teknologi Google Gemini AI ke dalam siri telefon pintar mereka yang akan datang termasuk HONOR Magic7 Pro dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR. Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, George Zhao menyatakan bahawa kolaborasi ini adalah satu langkah penting dalam menjadikan teknologi AI termaju lebih mudah diakses oleh semua dimulai dengan siri HONOR Magic7.

    Integrasi ini meneruskan kejayaan kerjasama antara HONOR dan Google yang sebelum ini telah menghasilkan ciri seperti Circle to Search pada HONOR Magic V3 dan siri HONOR 200. HONOR juga memanfaatkan teknologi Google Cloud AI untuk memperkayakan pengalaman pengguna.

    Dengan Google Gemini, siri HONOR Magic7 akan menawarkan ciri inovatif seperti HONOR AI Notes, AI Photo Expansion dan AI Translation. Gemini bertindak sebagai pembantu AI yang meningkatkan kreativiti dan produktiviti melalui interaksi teks, suara dan kamera.

    Bagi mereka yang ingin tahu lebih, anda boleh lawati laman web rasmi HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured