More

    HONOR Earbuds X7 turut dilancar dengan ketahanan bateri sehingga 40 jam berharga ~RM193

    Sebagai tambahan kepada siri HONOR 200, HONOR turut mengeluarkan fon kepala wayarles HONOR Earbuds X7. Berat satu fon telinga HONOR Earbuds X7 hanya 3.8g dan ia boleh selesa untuk penggunaan yang lama serta tidak mudah tertanggal.

    Earbuds X7 tersedia dalam dua warna iaitu Sky Blue dan Moon Shadow White. Walaupun fon telinga ini dengar bersaiz kecil, ia mempunyai hayat bateri yang sangat baik dengan ketahanan 9 jam penggunaan untuk sekali cas dan sehingga 40 jam apabila digunakan dengan kotak pengecasan.

    Selain itu, hanya 10 minit pengecasan pantas boleh menyokong tiga jam main balik muzik atau tontonan video. HONOR Earbuds X7 menggunakan unit dinamik 10mm, diafragma bersalut mangkuk komposit polimer untuk memastikan perincian tiga kali ganda yang jelas dan kualiti bunyi yang tulen.

    Ia juga memiliki pensijilan Golden Ear daripada Persatuan Industri Elektronik China. HONOR Earbuds X7 juga menyokong sentuhan seperti mengklik dua kali membolehkan anda menjawab/meletak panggilan, memainkan/menjeda muzik, beralih ke trek sebelumnya/seterusnya, memanggil pembantu suara, tekan dan tahan untuk menolak panggilan.

    HONOR Earbuds X7 dan siri HONOR 200 mungkin akan dilancarkan di Malaysia. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured