More

    HONOR kuasai pasaran telefon pintar pada suku ketiga 2023, sorotan utama HONOR Magic V2

    HONOR mengukuhkan dominasinya dalam pasaran telefon pintar di China susulan kejayaan HONOR Magic V2. HONOR pada suku ketiga (Q3) tahun 2023 melonjak ke tangga pertama dalam pasaran saham jualan telefon pintar China mengatasi pesaing lain dalam industri dan meletakkan standard baharu dalam dunia telefon pintar boleh lipat.

    Berdasarkan laporan analisis daripada sumber-sumber boleh dipercayai seperti Counterpoint, Canalys dan IDC, angka-angka yang didedahkan menunjukkan prestasi HONOR meningkat pada suku ketiga 2023. HONOR Magic V2 menjadi tonggak utama apabila tampil mengubah kategori telefon pintar boleh lipat.

    Walaupun mengalami kemerosotan sebanyak 5% dalam pasaran telefon mudah alih, Q3 menyaksikan persaingan sengit dalam segmen telefon pintar mewah. Menurut data Counterpoint, HONOR Magic V2 menjadi telefon pintar paling laris terjual di China, menguasai lebih 50% pasaran saham dalam kategori ini.

    Kejayaan HONOR termasuklah penggunaan teknologi bateri kad yang menjadikan bateri 5,000mAh senipis 2.3mm, sekaligus dapat menjimatkan ruang penting dalam badan telefon pintar boleh lipat. Ditambah dengan teknologi Engsel Titanium Super Ringan HONOR, ia memastikan ketahanan, lipatan tanpa ada jurang yang dapat menambah baik pengalaman pengguna.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Magic V2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured