More

    HONOR Magic Vs dilancar: SD 8+ Gen 1, skrin OLED HDR10+ dan bateri 5,000mAh berharga ~RM7,568

    Akhirnya, telefon lipat pertama HONOR telah dilancarkan secara global di acara Mobile World Congress (MWC) 2023 iaitu HONOR Magic Vs. Dengan spesifikasi dan ciri-ciri menarik, telefon pintar lipat ini telah menjadi penantian orang ramai dan Malaysia tidak dikecualikan.

    Telefon ini menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan GPU Adreno 730. CPU peranti ini terdiri daripada 1 teras Cortex-X2 pada kelajuan 3.0GHz, 3 teras Cortex-A710 pada kelajuan 2.5GHz dan 4 teras Cortex-A510 pada kelajuan 1.8GHz. Peranti ini turut menampilkan RAM 12GB dan ROM 512GB.

    Daripada segi kamera, ia menampilkan empat kamera di skrin luaran yang terdiri daripada kamera utama IMX800 54MP, ultra lebar dan makro 50MP serta tiga kali zum optikal 8MP. Skrin dalamannya pula menempatkan kamera swafoto 16MP dengan apertur f/2.45. Ia mampu menangkap video dengan kecerahan 10 bit 4K 60fps.

    Seterusnya, skrin dalaman HONOR Magic Vs adalah OLED HDR10+ 7.9 inci dengan penyegaran semula 90Hz dan kecerahan 800 nits, resolusi 2272 x 1984 piksel. Skrin dalamannya pula menggunakan panel OLED HDR10+ dengan skrin ke badan 90% tetapi penyegaran semula 120Hz, kecerahan 1200 nits

    Skrinnya mempunyai 1.07 bilion warna, gamut warna DPI-P3, pemalapan dinamik,Paparan Malam Sirkadian dan peredupan PWM 1920Hz. Ia juga mampu memberikan video sinematik pada resolusi 10 bit 4K.

    Selain itu, ia mempunyai bateri 5,000mAh yang menoyokong pengecasan SuperCharge 66W. HONOR Magic Vs turut menyokong sambungan Bluetooth 5.2, USB Type-C, USB 3.1 GEN1 dan frekuensi Wi-Fi 2.4GHz and 5GHz. Spesifikasi lain termasuk MagicOS 7.2 berdasarkan Android 13, dwi-pembesar suara stereo simetri yang diperakui oleh IMAX Enhanced, dwi SIM, sokongan eSIM dan NFC.

    Peranti ini mempunyai ciri menarik seperti Magic Text, Smart Multi-window, APP Extender, One-swipe Split, Horizontal Split, Vertical Split dan Adaptive Screen Rotate. Magic Vs mampu bertahan sehingga 400,000 lipatan iaitu bersamaan 100 lipatan sehari selama 10 tahun dan yang menarik sekali, ia tidak memberikan sebarang ruang cahaya apabila dilipat.

    Sekianya anda berminat, ia menawarkan warna Cyan dan hitam untuk dipilih pada harga €1599 (~RM7,568). Kami pasti ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured