More

    HONOR Magic7 Pro boleh didapati melalui pakej Yes, CelcomDigi, Maxis dan U Mobile serendah RM10/bulan

    Raikan Tahun Baharu Cina dengan HONOR Magic7 Pro yang menampilkan kecanggihan AI dan kamera berkualiti tinggi. Telefon ini menawarkan dua varian iaitu RAM 12GB dengan storan 512GB pada harga RM4,599 dan RAM 16GB dengan storan 1TB pada harga RM5,199. Bagi mereka yang mahukan pilihan pembelian lebih fleksibel, HONOR Magic7 Pro turut tersedia dengan pelbagai pakej pascabayar daripada CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes.

    Dengan pelan pascabayar terpilih, anda boleh memiliki HONOR Magic7 Pro serendah RM10 sebulan melalui pelan Infinite+ Ultra daripada Yes. CelcomDigi pula menawarkan pelan Easy360 pada RM56 sebulan manakala Maxis menyediakan pilihan Zerolution dengan bayaran RM125 sebulan. U Mobile turut menawarkan pakej menarik pada RM142 sebulan melalui U PayLater bersama faedah seperti ansuran 0%, sehingga 1,000GB data dan perayauan global percuma di 63 destinasi.

    HONOR Magic7 Pro hadir dalam pilihan warna Lunar Shadow Grey, Breeze Blue dan Black. Telefon ini menjadi pilihan ideal bagi mereka yang mahukan gabungan rekaan premium, prestasi berkuasa dan fleksibiliti pembayaran. Untuk maklumat lanjut HONOR Magic7 Pro, anda boleh lawati laman web rasmi HONOR Malaysia atau lihat di laman kami mengenai ulasan peranti tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured