More

    HONOR Magic8 Pro akan dilancar di Malaysia pada 27 November 2025, beri kamera Insta360 sebagai hadiah pra-tempahan

    HONOR Malaysia mengumumkan bahawa telefon pintar flagship terbaharu, HONOR Magic8 Pro, akan dilancar pada hari Khamis, 27 November 2025 jam 3:00 petang. Selain tarikh pelancaran, HONOR Malaysia turut mengumumkan promosi menarik dan duta baharu bagi mempromosikan telefon ini.

    Buat para pelanggan yang membuat pra-tempahan untuk Magic8 Pro, anda akan menerima kamera aksi premium Insta360 Ace Pro secara percuma. Pra-tempahan akan dibuka bermula 27 November sehingga 4 Disember 2025.

    HONOR juga menawarkan hadiah menarik kepada para penonton yang akan menonton siaran langsung untuk pelancaran rasmi Magic8 pro di Facebook dan YouTube rasmi HONOR Malaysia. Lapan penonton bertuah akan memenangi fon telinga wayarles HONOR CHOICE Earbuds Clip.

    Selain itu, HONOR telah melantik bintang dari Hong Kong, Nicholas Tse, sebagai Pegawai Pengalaman Teknologi Masa Depan untuk mereka. Beliau merupakan individu yang berjaya dalam bidang lakonan, penerbitan muzik, keusahawanan makanan dan peranan aksi berprestasi tinggi.

    Semangat kebolehsuaian ini menjadi teras utama untuk pengalaman AI dalam Magic8 Pro, jadi Nicholas merupakan duta yang sesuai untuk HONOR dan menandakan hala tuju kreatif baharu untuk jenama tersebut.

    HONOR Magic8 Pro telah dilancar di China pada bulan Oktober lalu. Ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin LTPO OLED 6.71 inci 120Hz, kamera 200MP dengan zum optikal 3.7x, bateri 7,200mAh dan pengecasan pantas 100W.

    Kami telah pun mencuba kamera pada Magic8 Pro dan kami sangat berpuas hati dengannya terutamanya pada kualiti gambar zum. Anda boleh lihat contoh gambarnya di bawah:

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Magic8 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...