More

    HONOR MagicBook X14 2025 turut dilancar dengan Intel Core H Gen ke-13 berharga RM2,499

    Selain tablet, jam tangan pintar dan fon telinga, HONOR Malaysia turut melancarkan HONOR MagicBook X14 2025. Model ini hadir pemproses Intel Core H Generasi ke-13 dengan skrin 14 inci dalam nisbah aspek 16:10 dan menawarkan resolusi 1920 x 1200 piksel.

    Paparannya turut menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerdipan yang direka untuk mengurangkan keletihan mata sewaktu penggunaan berpanjangan. Baterinya berkapasiti 42Wh dengan sokongan pengecasan pantas 65W yang membolehkan pengecasan semula penuh dalam masa sekitar satu jam.

    Komputer riba ini ditawarkan dalam konfigurasi memori RAM 8GB dan storan SSD 512GB. Sebagai nilai tambah, setiap pembelian turut disertakan dengan langganan percuma Microsoft 365 Personal selama setahun serta beg galas HONOR secara percuma.

    HONOR MagicBook X14 2025 dijual dengan harga rasmi RM2,499 dan kini tersedia di seluruh Malaysia melalui HONOR Store, laman rasmi HONOR serta platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...