More

    HONOR Pad X9a dan Pad V9 rasmi di Malaysia dengan skrin 2K 120Hz dan bateri sehingga 10,100 mAh, harga bermula RM999

    HONOR Malaysia hari ini telah memperkenalkan dua tablet terbaharu dengan HONOR Pad X9a dan HONOR Pad V9. Tablet ini direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna moden, daripada pelajar hinggalah golongan profesional.

    HONOR Pad X9a tampil dengan reka bentuk yang ringan dan nipis yang dipadankan dengan paparan 11.5 inci TFT LCD beresolusi 2K serta kadar segar semula 120Hz. Tambahan, paparan hadir dengan ciri mesra mata seperti Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia dan pensijilan TÜV Rheinland. Ia disokong bateri 8,300mAh dan pengecasan pantas 35W. Audio dikuasakan empat pembesar suara dengan kelantangan ditingkatkan sebanyak 200%.

    HONOR Pad X9a versi LTE dijual pada harga RM1,299 (16/256GB) dan bakal tersedia pada 25 April 2025 manakala versi WiFi pada harga RM999 (16/128GB) kini sudah tersedia untuk dibeli. Terdapat juga papan kekunci Bluetooth wayarles dan stilus bernilai RM589 yang diberikan secara percuma serta 3 bulan keahlian VIP iQIYI.

    HONOR Pad V9 pula memiliki paparan LCD 11.5 inci 2.8K dengan kadar segar semula 144Hz yang disertakan ciri AI De-focus View untuk membantu mengurangkan ketegangan mata bagi penggunaan jangka panjang. Baterinya berkapasiti 10,100mAh membolehkan penstriman sehingga 13.5 jam dan sehingga 40 jam untuk muzik.

    Pelbagai ciri AI turut hadir seperti Real-Time Voice-to-Text, AI Smart Summary dan AI Meeting Translation untuk membantu dalam tugasan harian dan kolaborasi global. Ia juga menyokong pengecaman formula dan kecantikan tulisan tangan serta AI Voiceprint Noise Reduction untuk komunikasi jelas walaupun di lokasi sibuk.

    HONOR Pad V9 turut disertakan papan kekunci boleh tanggal dengan pad sentuhan dan sokongan HONOR Magic Pencil 3 menjadikannya hampir setanding komputer riba daripada segi kemudahan kerja. Melalui HONOR Connect, tablet ini juga boleh berintegrasi dengan telefon dan laptop HONOR lain untuk ekosistem yang lancar.

    HONOR Pad V9 dijual dengan harga RM1,999 (24GB/256GB) yang bakal tersedia pada 11 April 2025 dengan pilihan warna putih dan kelabu serta percuma HONOR Magic Pencil 3 stilus dan papan kekunci magnetik (bernilai RM898).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet yang ditawarkan HONOR dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...