More

    HONOR MagicPad 3 Pro turut rasmi dengan SD 8 Extreme dan pengecasan 80W bermula ~RM2,800

    Selain pelancaran siri Magic8, HONOR turut memperkenalkan tablet mercu terbaharu iaitu MagicPad 3 Pro yang hadir dengan ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan prestasi tinggi. Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Extreme Edition generasi kelima dengan seni bina lapan teras berkelajuan sehingga 4.6GHz dan GPU Adreno 840.

    MagicPad3 Pro turut dilengkapi RAM 16GB dan storan dalaman 512GB serta menjalankan sistem operasi MagicOS 10.0 berasaskan Android 16. Bahagian paparan hadir dengan skrin LCD 13.3 inci beresolusi 3200×2136, nisbah 3:2 dan sokongan 1.07 bilion warna dengan julat warna DCI-P3. Kadar segar semula adaptifnya mencapai 165Hz dengan tujuh tahap dinamik.

    Bagi sistem kamera, ia menampilkan kamera utama 13MP (f/2.0 AF) dan kamera makro 2MP (f/2.4 FF) yang menyokong rakaman video 4K. Bahagian hadapan pula dilengkapi kamera swafoto 9MP (f/2.2) yang turut menyokong rakaman 4K serta fungsi seperti Portrait Mode, Time-lapse dan Voice Capture. Baterinya berkapasiti 12,450mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

    HONOR mendakwa ia boleh dicas penuh dalam sekitar 1 jam 23 minit berdasarkan ujian makmal. MagicPad 3 Pro menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan port USB-C 3.2 Gen 2. Integrasi AI dalam MagicOS 10.0 turut membolehkan tablet ini mengurus prestasi aplikasi, menjangka corak penggunaan dan mengoptimumkan sumber sistem secara pintar.

    Buat masa ini, HONOR MagicPad 3 Pro telah mula dijual di China dalam tiga varian seperti 16/512GB, 12/512GB dan 12/256GB dengan harga bermula sekitar 4,699 Yuan (~RM2,800). HONOR Malaysia dijangka akan membawanya ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured