More

    HONOR Malaysia lancarkan Program Tukar Beli: Rebat RM300 untuk pembelian siri HONOR Magic5

    HONOR Malaysia mengumumkan pelancaran Program Tukar Beli yang membolehkan pengguna menukar telefon pintar lama mereka dan menikmati rebat segera RM300 pada setiap pembelian siri HONOR Magic5 baharu. Tawaran eksklusif ini terdapat di kedai HONOR Experience, Senheng dan Urban Republic. Tawaran ini berlangsung mulai hari ini sehingga 31 Ogos 2023.

    HONOR Magic5 hadir dengan sistem kamera Milisecond Falcon Capture yang terdiri daripada tiga kamera terdiri daripada kamera utama 54MP, ultra lebar 50MP dan kamera telefoto 32MP. Kamera belakang HONOR Magic5 Pro pula membawa kamera utama 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto periskop 50MP manakala kamera hadapannya membawa sensor 12MP.

    HONOR membuat peningkatan besar terhadap simpanan (cache) imej HONOR Magic5 Pro dengan meningkatkan kapasitinya daripada 0.2 saat double cache kepada maksimum 1.5 saat. Dengan revolusi teknologi Millisecond Falcon Capture, telefon pintar ini mampu merakam pergerakan haiwan yang bergerak pantas.

    Sekiranya anda berminat, jangan lupa untuk baca ulasan kami tentang HONOR Magic5 dan HONOR Magic5 Pro untuk dapatkan pendapat kami mengenainya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi HONOR di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured