More

    HONOR Pad X9a versi LTE tersedia di Malaysia bermula 25 April dengan hadiah bernilai RM598

    Pengguna yang menunggu versi LTE untuk HONOR Pad X9a kini boleh menarik nafas lega kerana tablet terbaharu ini akan mula tersedia di seluruh negara bermula 25 April dengan harga RM1,299. Menariknya, pembeli akan menerima papan kekunci Bluetooth dan pensel percuma yang bernilai RM598 serta keahlian VIP iQIYI selama tiga bulan.

    Versi LTE ini membolehkan pengguna memasukkan kad SIM terus ke dalam tablet menjadikannya lebih praktikal untuk yang sering bergerak. Anda tidak perlu lagi bergantung pada WiFi atau hotspot untuk menjawab mesej, menonton video atau bekerja. Jika anda lebih selesa dengan model WiFi sahaja, versi tersebut turut ditawarkan pada harga lebih rendah, RM999.

    Kedua-duanya hadir dengan RAM 16GB (termasuk HONOR RAM Turbo 8GB) dan storan berbeza dengan 256GB untuk LTE dan 128GB untuk WiFi. Dengan paparan 11.5 inci beresolusi 2.5K, HONOR Pad X9a direka khas untuk hiburan. Ciri-ciri seperti mod pencahayaan semula jadi dan penapis cahaya biru membantu menjaga mata serta sesuai untuk tontonan jangka panjang.

    Untuk mengimbas spesifikasi yang ditawarkan, HONOR Pad X9a dikuasakan bateri 8300mAh yang menyokong pengecasan pantas 35W, empat pembesar suara surround menyokong papan kekunci dan pensel. HONOR Pad X9a boleh dibeli di semua kedai HONOR fizikal, laman rasmi HONOR Malaysia serta platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    Ia juga ditawarkan oleh pengedar sah seperti Senheng, Urban Republic dan Harvey Norman. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured