More

    HONOR tawarkan Beta Android 15 untuk pembangun pada Magic6 Pro dan Magic V2

    Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 adalah peranti pertama yang menerima kemas kini ini. Program ini menawarkan akses awal kepada kemas kini Android terkini bagi membolehkan pembangun HONOR menguji ciri-ciri baru dan meningkatkan keserasian aplikasi mereka pada telefon pintar andalan HONOR.

    Dengan Android 15, pengguna dapat menikmati peningkatan sekuriti dan privasi serta pengurusan sumber peranti yang dioptimumkan. Android 15 memperkenalkan SDK Sandbox untuk melindungi data peribadi pengguna daripada aplikasi pihak ketiga dan Penunjuk Privasi (Privacy Indicator) bersama portal pengurusan kebenaran baru.

    Selain itu, Android 15 terus memperhalusi Android Dynamic Performance Framework (ADPF) untuk mengurus aplikasi yang intensif kuasa seperti game, meningkatkan reaksi peranti terhadap penggunaan GPU, CPU dan sistem penyejukan serta mengoptimumkan tugas latar belakang.

    HONOR Magic6 Pro terkenal dengan Kamera Falcon, MagicLM dan pengalaman AI berasaskan niat manakala HONOR Magic V2 menonjol sebagai telefon boleh lipat paling ringan dan nipis di dunia dengan ketebalan bawah 10mm. Kedua-dua peranti ini dijamin menerima empat kemas kini utama MagicOS dan lima tahun kemas kini keselamatan.

    HONOR terus menyokong pembangun dalam menyesuaikan dan mengoptimumkan aplikasi mereka dan akan menyediakan kemas kini seterusnya kepada Android 15 Beta tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.

    Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured