More

    HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open turut dilancar di Malaysia, bermula RM599

    Selain melancarkan peranti hangat HONOR Magic 7 Pro, HONOR hari ini turut mengumumkan pelancaran rasmi HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open di Malaysia. Pengguna kini boleh memadankan HONOR Magic7 Pro mereka dengan dua peranti baharu ini untuk meningkatkan kemudahan dan hiburan sepanjang hari.

    Kedua-duanya akan tersedia untuk pembelian bermula 17 Januari 2025 di HONOR Store, kedai dalam talian HONOR Malaysia, Lazada dan Shopee. HONOR Watch 5 direka untuk keanggunan dan kefungsian dengan pelbagai ciri premium seperti bateri tahan lama sehingga 15 hari untuk penggunaan berterusan dan penjejakan GPS yang tepat untuk aktiviti luar.

    Selain itu, terdapat imbasan kesihatan satu klik untuk pemantauan kadar denyutan jantung, tahap tekanan dan tahap oksigen dalam darah. Jam pintar ini ditawarkan pada harga RM599 dan tersedia dalam pilihan tali silikon warna emas dan hitam. Lebih menarik, HONOR Watch 5 akan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian HONOR Magic7 Pro.

    HONOR Earbuds Open HONOR Earbuds Open pula memperkenalkan teknologi AI Live Translation yang membolehkan perbualan masa nyata diterjemah ke dalam sehingga 15 bahasa. Ciri ini disokong oleh telefon pintar HONOR dengan sistem MagicOS 9.0 dengan peluasan ke peranti lain yang dijadualkan pada Mac 2025.

    Earbuds ini juga menampilkan reka bentuk silikon lembut, mesra kulit dan hipoalergenik untuk memastikan keselesaan sepanjang penggunaan. HONOR Earbuds Open tersedia dalam warna Polar Gold dan Polar Black dengan harga RM699. Jangan ketinggalan untuk memiliki peranti pintar ini bermula 17 Januari 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured