More

    HONOR Win Series akan dilancar sebagai siri telefon e-sukan baharu pada 26 Disember 2025

    Sebelum ini, HONOR pernah melancarkan beberapa siri telefon yang dikhaskan untuk tujuan gaming dan e-sukan seperti HONOR Play dan HONOR GT, namun ia hanya dijual dalam pasaran China. Kini HONOR merancang untuk melancarkan sebuah siri telefon e-sukan baharu pula iaitu HONOR Win Series pada hari Jumaat, 26 Disember 2025 di China.

    Siri telefon ini akan menggantikan siri HONOR GT dan menampilkan identiti baharu berdasarkan prestasi tinggi, hayat bateri lama dan rekaan bertemakan gamer.

    Spesifikasi dalamannya masih belum diumumkan oleh HONOR pada waktu artikel ini ditulis. Memandangkan ia merupakan sebuah telefon yang dikhaskan untuk gaming, pasti para pengguna akan menanti spesifikasinya dengan teliti.

    Buat masa ini, HONOR telah menujukkan rekaannya yang terdiri daripada tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan biru muda. Ia turut mempunyai tiga lensa kamera di belakang serta slogan “Ultra Fan” di sebelah lensa kamera atas. Ia mungkin menunjukkan bahawa telefon ini akan mempunyai kipas dalaman untuk menyejukkan telefon sewaktu sesi gaming sengit.

    Spesifikasi yang dikhabarkan setakat ini termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin AMOLED 1.5K berukuran 6.83 inci, bateri 10,000mAh, kamera utama 50MP, pengimbas cap jari ultrasonik dan rating kalis air yang tinggi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured