More

    HONOR X20 dilancar: Dilengkapi cipset DIMENSITY 900 dan pengecasan 66W, bermula ~RM1,241

    Semalam, HONOR secara rasmi telah memperkenalkan siri andalan telefon pintar HONOR Magic3. Namun, siri ini bukan satu-satunya produk yang dilancarkan oleh syarikat itu. Pengeluar China itu juga melancarkan HONOR X20, sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang menggunakan cipset Dimensity. Telefon pintar ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu magic night black, biru aurora, dan perak titanium.

    HONOR X20 hadir dengan paparan skrin penuh LCD FHD+ 6.67 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz. Sama seperti siri HONOR Magic3, X20 juga menggunakan potongan berbentuk pil di sudut kiri atas dengan kamera swafoto 16MP. Pada bahagian belakang, telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera utama 64MP dan sensor kedalaman 2MP serta kamera makro 2MP.

    Peranti ini dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 900 yang digabungkan dengan RAM 6GB/8GB, storan dalaman 128GB/256GB dan bateri 4,300 mAh yang menyokong pengecasan super pantas 66W. Terdapat pilihan untuk menambahkan storan dalaman melalui kad microSD.

    Menurut syarikat itu, HONOR X20 mampu mendapatkan 50% kuasa bateri dengan hanya 15 minit pengecasan dan memberi jaminan bahawa apabila kapasiti bateri tersebut penuh, ia boleh digunakan seharian tanpa perlu mengecas semula.

    Selanjutnya, HONOR X20 hadir dengan teknologi pengembangan RAM terbaharu yang merupakan ciri andalan. Teknologi pengembangan storan pintar ini menambah RAM telefon sebanyak 2GB. Ini bermaksud bahawa peranti ini mempunyai RAM maksimum sebanyak 10GB. Teknologi ini berfungsi dengan menggunakan beberapa bahagian storan untuk ditukarkan sebagai RAM.

    Di samping itu, HONOR X20 menyokong dwi-kad SIM serentak untuk rangkaian 5G dan didatangkan dengan teknologi empat rangkaian LINK Turbo X. Teknologi ini berfungsi apabila satu rangkaian tidak dapat memenuhi keperluan komunikasi, rangkaian lain bergabung mengikut senario aplikasi dan saluran data yang dijadualkan secara cerdas untuk menciptakan pengalaman komunikasi yang lebih lancar. Ini dapat meningkatkan pengalaman rangkaian berkelajuan tinggi dan muat turun fail serta merendahkan latensi (latency) ketika gaming.

    HONOR X20 mempunyai tiga pilihan dari segi RAM dan storan dalaman. Harga model-model ini ialah 6GB+128GB – 1899 yuan (~RM1,242), 8GB+128GB – 2199 yuan (~RM 1,438) dan 8GB+256GB – 2499 yuan (~RM1,634). Penjualan telefon pintar ini secara rasmi akan bermula pada 13 Ogos di pasaran China.

    Adakah anda berminat dengan telefon pintar HONOR X20 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber : Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured