More

    HONOR X6d tiba dengan Dimensity 6300, sokongan 5G dan bateri 5,260mAh berharga ~RM542

    HONOR secara senyap telah melancarkan peranti kelas permulaan terbaharu iaitu HONOR X6d yang kini mula disenaraikan di pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ia merupakan sebuah telefon pintar mampu milik yang dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G yang membezakannya daripada model sedia ada dalam siri yang sama.

    HONOR X6d dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 6300 yang dibina berasaskan proses 6nm dan skrinnya menggunakan LCD bersaiz 6.75 inci yang menyokong resolusi HD+ serta kadar segar semula 90Hz. Peranti ini dilengkapi dengan RAM 4GB dan storan dalaman 256GB yang tidak mempunyai sokongan pengembangan storan melalui kad mikroSD.

    Sistem pengimejan menampilkan kamera utama 50MP di bahagian belakang yang mampu merakam video beresolusi 1080p manakala bagi untuk swafoto, ia menggunakan sensor 5MP. Salah satu kekuatan utama HONOR X6d adalah kapasiti bateri 5,260mAh walaupun sokongan pengecasan pantasnya hanya dihadkan kepada 15W sahaja.

    Di UAE, peranti ini dijual pada harga AED 509 (~RM542). Siri HONOR X mula diperkenalkan pada tahun 2022 sebagai barisan peranti kelas permulaan yang menawarkan nilai tinggi kepada para peminat jenama tersebut. Meskipun HONOR Malaysia telah melancarkan HONOR X9d dan HONOR X7d pada tahun lalu, ketiadaan pengumuman rasmi bagi generasi ‘d’ dalam siri X8 dan X6 sebelum ini telah mencetuskan pelbagai persoalan.

    Namun begitu, maklumat terbaharu menunjukkan bahawa HONOR X6d berkemungkinan besar bakal diperkenalkan tidak lama lagi bagi melengkapkan lagi barisan produk berkenaan dalam pasaran. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured