More

    HONOR X7d dilancar di Malaysia: Bateri 6,500mAh, tahan lasak, kamera 108MP berharga RM699

    Selain HONOR X9d 5G, HONOR Malaysia hari ini turut melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan iaitu HONOR X7d. Ia mempunyai rekaan tahan lasak yang sinonim dengan siri HONOR X dan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 6,500mAh.

    Telefon ini mempunyai pengiktirafan SGS Premium Drop Resistance yang bermaksud ia boleh tahan impak jatuh dengan lebih tinggi dan mengurangkan kesan calar. Ia juga mempunyai rating kalis air IP65 yang bermaksud ia boleh ditenggelami air sepenuhnya.

    Baterinya yang berkapasiti 6,500mAh pula boleh bertahan lebih daripada sehari dengan pengecasan penuh, dan masih boleh mengekalkan kapasiti yang sama walaupun selepas lima tahun. Ia juga menyokong pengecasan pantas 35W.

    Di bahagian sisi, ia mempunyai butang Instant AI Button yang menyediakan akses pantas kepada setiap fungsi AI di dalamnya. Ia juga mempunyai pembesar suara stereo yang boleh memainkan volume lantang sehingga 400%.

    Untuk kamera, di belakang ia mempunyai kamera utama 108MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera 8MP.

    Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk HONOR X7d:

    • Skrin TCT LCD 6.77 inci, resolusi 1610×720, kecerahan puncak 850 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 685
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama 108MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamer hadapan 8MP
    • Bateri 6,500mAh
    • Pengecasan pantas 35W
    • Pembesar suara stereo
    • Rating kalis air IP65
    • Sistem operasi Android 15 dengan MagicOS 9.0
    • Pilihan warna Desert Gold, Ocean Cyan
    • Harga: RM799 (promosi awal: RM699)

    Layari laman web HONOR untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured