More

    HUAWEI 5G mungkin sedang menghasilkan telefon lipat dengan reka bentuk “clamshell”

    HUAWEI telah pun melancarkan sebuah telefon pintar lipat sebelum ini iaitu HUAWEI Mate Xs. Kini terdapat maklumat baru yang mengatakan HUAWEI mungkin sedang mengusahakan sebuah lagi telefon lipat dengan reka bentuk clamshell mirip Samsung Galaxy Z Flip dan Motorola Razr 5G.

    Menurut sumber, HUAWEI telah memfailkan paten untuk sebuah telefon lipat kepada Pejabat Hak Milik Intelek Kebangsaan China (CNIPA) pada April lalu. Paten tersebut kini telah dipertontonkan kepada pihak awam pada 23 Oktober, merangkum 14 gambar melibatkan telefon tersebut.

    Telefon tersebut menampilkan skrin hadapan yang agak besar dan berada di sebelah dwi-kamera utama. Ini jauh berbeza dengan Galaxy Z Flip yang hanya mempunyai skrin hadapan kecil untuk memberitahu notifikasi dan waktu sahaja. Skrin yang besar itu juga mungkin boleh membantu dwi-kamera utama digunakan untuk fungsi swafoto, sama seperti dalam Galaxy Z Fold2.

    Ini bukanlah kali pertama HUAWEI dilaporkan berminat dengan telefon lipat seperti ini. Pada bulan Julai, HUAWEI telah memfailkan paten reka bentuk yang sama namun dengan skrin hadapan yang lebih kecil.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Let’s Go Digital

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured