More

    HUAWEI Band 10 akan dijual di Malaysia bermula 24 Mac 2025, harga RM189

    HUAWEI Malaysia mengumumkan bahawa gelang tangan pintarnya yang terbaru, HUAWEI Band 10, akan dijual di Malaysia secara rasmi bermula 24 Mac 2025. Ia diumumkan buat kali pertama pada bulan Februari lalu dan dilengkapi pelbagai ciri kesihatan yang canggih.

    Antara fungsi unik pada peranti ini adalah sokongan untuk QR Pay bagi memudahkan pengguna membuat pembayaran di kedai. Sebelum ini, sokongan QR Pay hanya terdapat pada jam tangan yang mahal seperti siri HUAWEI WATCH GT 5.

    Ia mempunyai badan senipis 8.9mm dan berat 15 gram sahaja, membuatkan HUAWEI Band 10 gelangan tangan HUAWEI yang paling nipis dan ringan setakat ini. Badannya dibuat daripada aloi aluminium untuk ketahanan yang tinggi, mankala muka jamnya boleh diubah di antara 700 rekaan muka jam yang percuma.

    Beberapa fungsi kesihatan yang ditawarkan termasuklah Enhanced Sleep Analysis, Emotional Wellbeing Assistant, pengukur kadar degupan jantung dan penjejak stres yang sama seperti HUAWEI WATCH GT 5. Ia turut mempunyai fungsi jejakan untuk lebih 100 mod sukan dan senaman.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 14 hari, manakala pengecasan selama lima minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama dua hari. Ia boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

    Berikut adalah varian HUAWEI Band 10 untuk pasaran Malaysia:

    • Durable Polymer Case (hitam dan merah jambu) berharga RM189
    • Aluminium Alloy Case (Matte hitam, ungu, putih, biru, hijau) berharga RM219

    Pelanggan yang membuat pra-tempahan secara atas talian sebelum 24 Mac 2025 akan menerima baucar Early Bird Voucher RM40. Ia boleh didapati dalam laman web rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured