More

    HUAWEI dijangka akan guna skrin 120Hz buat kali pertama dengan HUAWEI Mate X2!

    Pada bulan Februari yang lepas, HUAWEI telah melancarkan telefon pintar boleh lipat, HUAWEI Mate Xs dan ianya adalah penambahbaikan yang kecil ke atas HUAWEI Mate X yang dilancarkan pada tahun lepas. Kini, sumber menyatakan HUAWEI akan melancarkan generasi kedua untuk telefon pintar boleh lipat ini yang diberi nama HUAWEI Mate X2 dan ianya dijangka akan menggunakan skrin 120Hz buat kali pertama dari jenama HUAWEI.

    Untuk tahun 2020, HUAWEI Mate X2 mungkin akan menjadi satu-satunya peranti dari HUAWEI yang akan menggunakan skrin 120Hz. HUAWEI Mate X2 juga dijangka akan dilancarkan pada acara pelancaran peranti HUAWEI Oktober ini.

    Seperti HUAWEI Mate Xs, Mate X2 yang akan datang mungkin disokong oleh cipset Kirin 990 5G yang dibina pada proses 7nm+ EUV. Walaupun peranti ini akan menggunakan versi Android terbaru, ia tidak akan hadir dengan sokongan Google Mobile Services (GMS).

    Terus kekal dengan Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AndroidHeadlines

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured