More

    HUAWEI Freebuds 6 dilancar, lebih ringan dengan peningkatan audio berharga ~RM609

    HUAWEI telah melancarkan Freebuds 6 bersama telefon lipat Pura X, membawa pelbagai penambahbaikan berbanding model sebelumnya. Walaupun masih mengekalkan reka bentuk titisan air seperti Freebuds 5, saiz batangnya kini lebih kecil dan lebih ringan.

    Fon telinga ini dilengkapi unit dinamik empat magnet dan dwi pemacu yang mampu menghasilkan bunyi tinggi sehingga 48kHz serta bass mendalam hingga 14Hz. HUAWEI juga meningkatkan sambungan dengan lebar jalur 2.3 Mbps manakala reka bentuk semi-terbuka dan pengoptimuman audio dibangunkan berdasarkan maklum balas daripada lebih 10,000 pengguna.

    Ciri tambahan seperti Head Tracking Spatial Audio boleh diakses melalui aplikasi HUAWEI AI Life tetapi hanya berfungsi dengan telefon HUAWEI tertentu. Saiz dan berat Freebuds 6 telah dikurangkan dengan setiap fon telinga hanya mempunyai bateri 39.5mAh manakala bekas pengecas menyediakan bateri 510mAh. Ini membolehkan penggunaan sehingga 5.5 jam tanpa pembatalan bunyi dan 36 jam dengan bekas pengecas.

    Teknologi AI generatif digunakan untuk pembatalan hingar berbilang saluran, memberikan pengalaman panggilan lebih jelas walaupun dalam persekitaran bising seperti parti, acara sukan, atau tapak pembinaan. Di China, Freebuds 6 hadir dengan pembantu AI Xiaoyi yang menawarkan ciri seperti tetapan alarm, terjemahan langsung dan navigasi. Fon telinga ini tersedia dalam warna putih, hitam dan ungu dengan harga CNY 999 (~$RM609).

    Buat sementara ini, kami masih tidak ketahui kehadirannya ke pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HUAWEI China

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured