More

    HUAWEI Malaysia akan lancarkan WATCH GT 4, MatePad 11″ PaperMatte dan FreeBuds Pro 3 pada 5 Oktober 2023

    HUAWEI Malaysia bakal menganjurkan sebuah acara pelancaran yang besar pada hari Khamis, 5 Oktober 2023 di menara Exchange 106, Kuala Lumpur. Dalam acara tersebut, syarikat teknologi itu akan melancarkan beberapa produk utama iaitu jam tangan pintar HUAWEI WATCH GT 4, tablet HUAWEI MatePad 11″ PaperMatte Edition, fon telinga wayarles HUAWEI FreeBuds Pro 3 dan banyak lagi.

    Acara pelancaran produk ini bertemakan “Fashion Forward” bagi melancarkan peranti canggih yang tidak mengabaikan estetik menawan, seperti yang boleh dilihat pada HUAWEI WATCH GT 4. Jam tersebut akan ditawarkan dalam saiz 41mm dan 46mm, dengan pelbagai pilihan rekaan tali jam untuk digayakan dengan fesyen pengguna. Ia sudah dilancar untuk pasaran China pada awal bulan ini.

    Jam ini telah dibina berdasarkan pengalaman HUAWEI dalam menghasilkan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi sejak 10 tahun lalu. Ia menawarkan sensor TruSeen 5.0+ yang boleh meneliti dan menjejak tahap kesihatan pengguna dengan lebih tepat.

    Sensor tersebut mempunyai pelbagai fungsi seperti TruSleep, TruRelax dan TruSport untuk meneliti kadar degupan jantung, tahap oksigen darah dan penjejakan stres dalam badan pengguna. Fungsi Health Glance pula boleh membantu pengguna menilai tahap kesihatan badan dengan lebih jelas.

    Dalam membangunkan peranti boleh pakai sejak sedekad lalu, HUAWEI telah menubuhkan lebih 10 institut penyelidikan di China, bekerjasama dengan 100 institusi profesional di seluruh dunia dan menerbitkan lebih 200 kajian kesihatan bagi menghasilkan jam tangan pintar yang berkualiti dan boleh membantu pengguna jalani gaya hidup sihat.

    Selain HUAWEI Watch GT 4, syarikat teknologi itu akan melancarkan tablet HUAWEI MatePad 11″ PaperMatte Edition yang mempunyai permukaan skrin yang serupa dengan permukaan kertas untuk pengalaman menulis yang realistik.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti HUAWEI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Telefon masih berkunci tapi Gemini tetap boleh hantar SMS? Ini penjelasan Google

    Google sedang melancarkan kemas kini bagi menutup kelemahan keselamatan pada skrin kunci peranti Android 16 yang membolehkan pembantu maya Gemini menghantar mesej...

    Google jenama semula NotebookLM kepada Gemini Notebook

    Google secara rasmi menukar nama perkhidmatan NotebookLM kepada Gemini Notebook. Langkah ini dibuat susulan perkembangan pesat perkhidmatan tersebut yang kini digunakan oleh...

    OpenAI lancar Codex Micro — Pad kekunci fizikal untuk kawal ejen AI

    OpenAI secara rasminya melangkah ke pasaran perkakasan dengan pengenalan Codex Micro iaitu sebuah pad kekunci makro boleh atur cara. Peranti ini dibangunkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured