More

    HUAWEI MatePad dan MatePad T tersedia di Malaysia: Tablet pelbagai tahap, harga bermula RM559

    Terkini, HUAWEI mengumumkan tarikh keberadaan dan ketersediaan siri tablet termasuklah HUAWEI MatePad Pro, HUAWEI MatePad dan HUAWEI MatePad T. Tablet yang bermula dari kelas permulaan hinggalah ke kelas premium ini bermula dengan harga RM559.

    HUAWEI MatePad Pro yang terdahulu telah dilancarkan, kini tersedia untuk ditempah sekarang. Versi Pro ini merupakan tablet bertahap flagship dan premium yang dilengkapi cipset Kirin 990. Jika anda sedang mencari peranti perkomputeran yang cukup ringan untuk anda bahawa ke mana sahaja dengan jangkaan prestasi flagship, HUAWEI MatePad Pro mungkin apa yang anda perlu.

    HUAWEI MatePad
    HUAWEI MatePad T

    HUAWEI MatePad pula hadir dengan cipset AI Kirin 810 bersama bateri besar 7250mAh. Tablet dengan paparan penuh Fullview 10.4 inci ini menyokong pelbagai ciri teknologi menarik termasuklah teknologi HUAWEI Clarivu Display Enhancement dan teknologi penjagaan mata pengguna. Di sisi yang lain, HUAWEI MatePad T pula merupakan tablet mampu milik mudah alih dengan skrin berukuran 8-inci dan bateri berkapasiti 5100mAh.

    Untuk HUAWEI MatePad Pro, anda boleh menempahnya sekarang secara dalam talian berharga RM2,399. HUAWEI MatePad dan MatePad T pula bakal tersedia secara dalam talian bermula 16 Mei ini dengan pelbagai tawaran menarik dan hadiah percuma melalui pembeliannya.

    Anda boleh mendapatkan hadiah percuma seperti flip cover, Langganan Premium Percuma HUAWEI Video (selama 3 bulan) dan HUAWEI Mobile Cloud 15GB (selama 12 bulan) jika anda mendapatkan HUAWEI MatePad pada harga RM1,399. Anda juga boleh mendapatkan hadiah percuma yang sama kecuali flip cover untuk pembelian HUAWEI MatePad T pada harga RM559.

    Jika anda ingin melihat tawaran menarik oleh HUAWEI sempena bulan Ramadan, anda boleh mengunjungi pautan ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured