More

    HUAWEI WATCH Ultimate dilancar: Tahan tekanan laut dalam & sokong mesej satelit Beidou bermula ~RM3,881

    Selain melancarkan siri HUAWEI P60, Mate X3 dan MatePad 11 2023, HUAWEI turut melancarkan HUAWEI WATCH Ultimate yang memaparkan reka bentuk bulat tradisional dan tidak kelihatan tidak sesuai dengan jam tangan berjenama lain di luar sana.

    Ia memaparkan panel bulat LTPO ALOMED 1.5 inci yang yang dilindungi oleh kaca nilam dan boleh mengubah kadar penyegaran semula daripada 1 hingga 60Hz. Ia merupakan jam tangan pintar pertama di dunia dengan aloi zirkonium amorfus ultra-kuat yang menyokong 16 struktur kalis air berkemampuan menahan tekanan laut dalam.

    Khususnya, WATCH Ultimate mempunyai standard rintangan air ISO 22810 dan ujian standard peralatan peranti EN13319. Ini memastikan rendaman kedalaman 24 jam 110 meter atau 10 ATM.

    Selain itu, WATCH Ultimate juga adalah jam tangan pintar pertama di dunia yang menyokong mesej satelit Beidou dua hala menjadikannya lebih mudah untuk menghantar mesej kecemasan di kawasan tanpa rangkaian selular.

    Hayat baterinya mampu bertahan sehingga 14 hari dengan sel 540mAh dan menyokong pengecasan tanpa wayar Qi yang boleh mengecas semula jam pintar sepenuhnya dalam masa 60 minit. Spesifikasi lain termasuk ukuran ECG, denyutan jantung dan penderia oksigen darah, rintangan air IP68, kedudukan GNSS lima sistem dwi frekuensi serta pilihan warna Ekspedisi Hitam atau Biru Voyage.

    Di China, WATCH Ultimate berharga CNY5,999 (~RM3,881) dan CNY6,999 (~RM4,528) untuk varian mewah. Ia akan mula dijual di China pada 30 Mac 2023 manakala United Kingdom (UK) dan Eropah mulai 3 April 2023.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...