More

    Imej rekaan Galaxy A52 5G muncul dalam talian, reka bentuk kamera seakan Galaxy Note20

    Samsung kini dikhabarkan sedang menghasilkan telefon siri terbaru untuk telefon kelas pertengahan tahun ini. Ramai peminat gajet masih lagi menantikan generasi baru telefon siri A5X mereka yang selalunya menjadi telefon hangat mereka setiap tahun.

    Terbaru, sumber dalam talian menunjukkan imej janaan komputer rasmi untuk Samsung Galaxy A52 5G. Berbanding dengan Galaxy A51 5G, bahagian depan imej dilihat hampir sama manakala bahagian belakangnya adalah berbeza.

    Imej janaan komputer Galaxy A52 5G

    Reka bentuk modul kameranya adalah hampir sama dengan reka bentuk peranti samsung terbaru seperti Galaxy Note20 dan Galaxy Z Fold2.

    Selain dari imej janaan komputer Galaxy A52 5G, sumber juga menunjukkan imej janaan komputer bahagian hadapan Galaxy A72 5G. Ianya dilihat hampir sama dengan reka bentuk Galaxy A52 5G.

    Imej janaan komputer Galaxy A72 5G

    Sebelum ini, Galaxy A52 5G muncul di penanda aras Geekbench dengan cipset Snapdragon 750G. Ia juga dilihat bakal hadir dengan pengecasan pantas 15W.

    Adakah anda menantikan peranti kelas pertengahan terbaru dari Samsung ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured