More

    Infinix GT 30 Pro kini sokong Ray Tracing penuh dan 120FPS “gaming”!

    Infinix terus memperkukuh kedudukan sebagai jenama mesra gamer dengan pengumuman terbaharu untuk model GT 30 Pro. Telefon pintar ini kini menyokong full-map ray tracing dalam Arena Breakout serta 120FPS gameplay untuk Delta Force dan Free Fire yang juga merupakan antara peranti pertama dalam segmennya yang menawarkan prestasi setaraf e-sukan.

    GT 30 Pro menjadi telefon pertama dalam julat harga bawah RM2000 yang menawarkan ray tracing penuh di semua peta Arena Breakout tanpa perlu kemas kini OTA. Dengan ciri ini, pencahayaan dan bayangan kini lebih realistik. Malah, bayangan dinamik daripada letupan bom atau objek sekitar menjadikan pengalaman permainan lebih taktikal serta membuka peluang strategi baharu.

    Kerjasama rapat dengan Tencent Games memastikan prestasi stabil melebihi 50 FPS walaupun dengan tetapan ray tracing maksimum. Cip MediaTek Dimensity 8350 Ultimate bersama sistem penyejukan 3D Vapor Cloud Chamber memastikan telefon kekal sejuk tanpa gangguan.

    Selain grafik realistik, Infinix juga membawa kelancaran visual 120FPS untuk judul popular Delta Force dan Free Fire. Melalui kemas kini OTA global, pemain boleh menikmati pergerakan lebih lancar, tindak balas pantas dan imej lebih jelas. Untuk aktifkan mod 120FPS, hidupkan Performance Mode dalam X-Arena, pilih kualiti grafik Smooth, kemudian tetapkan kadar bingkai kepada 120FPS dalam tetapan permainan.

    Infinix GT 30 Pro dibina khusus untuk peminat permainan:

    • All Day Full FPS System untuk 120FPS stabil.
    • Skrin 144Hz 1.5K AMOLED dengan visual ultra-fluid.
    • GT Trigger shoulder buttons untuk kawalan gaya konsol.
    • Reka bentuk cyber-mechanical frame dengan lampu Mechanical Light Waves yang futuristik.

    Untuk Arena Breakout, pengguna GT 30 Pro yang mengaktifkan ray tracing boleh menebus pek eksklusif Light Breakout dengan skin senjata terhad dan item taktikal. Pemain yang berkongsi pengalaman dengan hashtag #GT30ProArenaRayTracingTest juga berpeluang memenangi barangan rasmi Infinix × Arena Breakout.

    Infinix GT 30 Pro kini boleh didapati melalui Lazada, Shopee, TikTok Shop serta pengedar sah Infinix di Malaysia dengan harga bermula RM1,299. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured